Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Maut Tercampak Selepas Bertembung...

KUANTAN - Seorang remaja maut selepas tercampak daripada motosikal yang ditungganginya selepas bertembung...

KL2017: Tahniah! Emas Pertama...

KUALA LUMPUR - Malaysia meraih kilauan emas sulung menerusi acara chinlone linking yang...

Kim K Bakal Timang...

SEBELUM ini khabar angin bertiup kencang tentang berita Kim Kardashian dan suaminya, rapper...

“Saya Maafkan Semua Orang”

AIR mata kesyukuran mengiringi khabar gembira buat seorang pendakwah bebas sebaik disahkan negatif...

Pesawat Airbus A350-900 Bakal Tiba Januari 2018 Ini

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Air Lease Corp. telah memeterai perjanjian pajakan selama 12 tahun bagi dua pesawat tambahan baharu jenis Airbus A350-900 yang akan dihantar menjelang 2018.

Baca: MAB Terima 2 Pesawat Airbus A350 Akhir 2017

Sebelum ini, pesawat canggih Airbus ini dikatakan bakal sampai pada penghujung tahun 2017 tetapi kini ianya mengalami sedikit kelewatan.

Pesawat model baharu Airbus ini dijangka menyediakan operasi penerbangan harian antara London-Kuala Lumpur pada tahun depan.

Foto eksklusif dua buah pesawat MAB itu disiarkan laman Facebook antarabangsa Aviation Lovers dan dipercayai sedang diuji di Perancis.

Menurut akhbar The Australian, dua lagi pesawat A350 akan tiba pada Mac 2018 ini. Bagi penerbangan utama MH1/MH2, ia akan ditukarkan daripada superjumbo double-decker kepada A350 yang cekap dengan bahan api.

Setelah disemak kembali pada perancangan yang awal, pihak MAB dikatakan bakal menggunakan dua anggota terakhir armada A350 yang dijadualkan dihantar pada Jun tahun hadapan.

Ia bertujuan untuk membuka semula penerbangan ke Amsterdam, Paris ataupun Frankfurt yang mana laluan syarikat penerbangan itu telah ditutup pada tahun 2015 dan 2016 lalu.

Airbus A350 akan mempamerkan kabin kelas pertama dengan menggunakan empat kerusi direka bentuk Vantage XL dari Thompson Aero Seating Ireland yang turut menyediakan platform untuk business class Qantas Airbus A330 dan Boeing 787.


Sebanyak 35 buah kerusi business class telah direka bentuk Vantage yang turut sama seperti terdapat dalam pesawat Airbus A330s milik MAB yang sedia ada.

Kelebihan teknologi dan inovasinya menjadikan pesawat ini lebih istimewa dari segi keselamatan selain memberi pengalaman baharu kepada perkhidmatan yang ditawarkan.

Ini berikutan kemampuannya untuk melakukan penerbangan tanpa henti dari Kuala Lumpur ke London serta ke serata Asia. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori