Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Berhasrat Jalin Kerjasama...

SINGAPURA - Malaysia melahirkan hasrat untuk menjalin kerjasama dengan Singapura berkaitan keselamatan siber...

8 Barang Wajib Dibawa...

Tidak perlu bawa banyak barang, paling penting ketika melancong adalah kualiti masa yang...

Bajet Pembangunan Universiti Awam...

KUALA LUMPUR - Meskipun peruntukan perbelanjaan mengurus untuk universiti awam dikurangkan dengan kadar...

Warga Emas Dipenjara Enggan...

Naypyidaw - Dua wanita warga emas yang pernah dijatuhi hukuman penjara selama sebulan...

Pesawat AirAsia Berpatah Balik Kerana Masalah Teknikal

PESAWAT AirAsia penerbangan AK9327 terpaksa berpatah balik dan terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) hari ini.

Bagaimanapun, 151 penumpang dan lima anak kapal pesawat berkenaan selamat.

Insiden dilaporkan berlaku selepas tiga minit pesawat berlepas dari LTAL menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 9.17 pagi.

Pengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Jefry Ramli berkata, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menerima maklumat berkaitan pesawat terbabit yang menghadapi masalah teknikal pada 9.20 pagi.

“Maklumat berkaitan pesawat berhadapan masalah diterima daripada Menara Kawalan Trafik Udara LTAL.


“Sejurus itu, pihak Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) bersedia bersama tiga jentera bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya ketika dihubungi.

Jefry berkata, pesawat dilaporkan selamat mendarat pada 9.30 pagi dan selepas semua penumpang dapat keluar dengan selamat, pesawat kemudiannya diiring ke tempat parkir pesawat. – myMetro Online

Kategori