Pesawat A380 British Airways Mendarat Dengan Tayar Empat Segi

JIKA sebelum ini kita dikejutkan dengan ‘misteri’ telur empat segi dan buah tembikai empat segi, kali ini tayar empat segi pula.

Baru-baru ini, sebuah pesawat jenis Airbus A380 milik British Airways yang berlepas dari Hong Kong, China dengan 22 tayar.

Tetapi, ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, Britain salah satu tayarnya menjadi empat segi.

Gambar luar biasa tersebut diperoleh daripada portal The Aviation Herald, yang melaporkan krew pesawat British Airways itu sudah menerima laporan mengenai tekanan angin pada tayar, tidak lama selepas berada di udara.

Krew pesawat bagaimanapun meneruskan penerbangan, tetapi meminta supaya trak penunda diletakkan dalam keadaan bersedia di Heathrow sekiranya pesawat gagal menghampiri parkirnya.

Setelah 13 jam kemudian, pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat di landasan 09L dan tidak perlu ditunda ke tempat parkir.

Namun mereka mendapati salah satu tayar pesawat itu kempis menjadi empat segi, yang mana membingungkan pakar penerbangan.

british-airways-airbus-a380-superjumbo-990x594

Jurucakap pihak berkuasa penerbangan awam London memberitahu mereka juga berasa pelik kerana belum pernah melihat keadaan tayar pesawat menjadi sedemikian ketika mendarat.

Pengarang Cockpit Confidential, Patrick Smith mengakui bahawa gambar itu kelihatan tulen, tetapi beliau tidak pasti bagaimana keadaan itu boleh berlaku.

Jadi bagaimanakah ia berlaku?

Kumar Mysore dari Persatuan Aeronautikal Diraja memberitahu Daily Mail bahawa bentuk empat segi itu mungkin berlaku disebabkan oleh pengagihan tekanan berat Airbus A380 ke atas tayar itu.

“Anda boleh melihat bahawa tayar itu tidak rosak sama sekali kerana ia direka untuk menampung berat.

“Kesannya adalah sama seperti apabila anda memicit gelang getah dengan kekuatan yang berbeza dan ia boleh bertukar menjadi bentuk yang berbeza.

“Dalam kes A380 ini ia menjadi bentuk empat segi,” katanya.

Jurucakap British Airways turut mengesahkan pesawat itu tidak berada dalam bahaya.

“Pesawat kami mendarat secara normal Jumaat lalu dengan salah satu daripada 22 tayarnya pancit. A380 sebagaimana pesawat komersial yang besar direka untuk mendarat dengan selamat waima tayar pancit.

“Jurutera kami telah menukar tayar itu dan pesawat kembali beroperasi seperti sedia kala,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Kompas

Loading...