Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ahmad Dzaffir Ketua Polis...

SEREMBAN: Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan menerima Ketua Polis Negeri yang...

‘Lepas Tikam Belakang, Muhyiddin...

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Muhyiddin Yassin meminta sokongannya dalam usaha...

Peguam Pemerhati Mahu Prosiding...

SEREMBAN : Kumpulan peguam pemerhati kepada Bella, berharap agar keseluruhan proses dan prosiding...

Bonet Kereta ‘Port’ Tupai...

London - Seorang pemandu terkejut apabila bonet keretanya menjadi tempat simpanan kacang yang...

Pesatuan Peneroka Minta SPRM Terus Siasat

PUTRAJAYA — Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta suruhanjaya itu meneruskan siasatan terhadap isu pemindahan hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata pihaknya meminta SPRM untuk tidak menutup fail siasatan isu itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bersama-sama Ketua Pemuda Parti Amanah Negara, Faiz Fadzil menyerahkan memorandum itu di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Pada 21 Disember lepas media melaporkan FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarkan bernilai RM270 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki menyatakan tiada unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam kes pindah milik tanah FELDA.


Sebaliknya, Azam berkata pihaknya yang meneliti maklumat berhubung kes itu beberapa bulan yang lalu mendapati kes itu lebih menjurus kepada kelemahan tadbir urus dan tertakluk dibawah siasatan polis.

Jumaat lepas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan siasatan berhubung kes kehilangan hak empat bidang tanah FELDA di Jalan Semarak. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori