Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Kejayaan Badrul Hisyam Titik...

KUALA LUMPUR - Kejayaan pelari pecut muda negara, Badrul Hisyam Abdul Manap melakar...

Aliran Trafik Perlahan Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya mula perlahan sejak 12...

Beri Sokongan, Kepercayaan Kepada...

SANDAKAN - Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang baharu Datuk Peter Hii Chang...

Nazrief Nazri Tak Ambil...

PELAKON Nazrief Nazri menjelaskan bahawa gosip yang mendakwa konon dia ada hubungan cinta dengan...

Pesara Paling Banyak Buat Tuntutan Palsu?

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan memperkenalkan sistem dalam talian menjelang akhir tahun, antaranya untuk mengelakkan tuntutan palsu daripada pihak ketiga yang menuntut bagi pencarum.

China Press melaporkan, kejadian seumpama sering berlaku termasuk membabitkan kes pencarum dan pihak ketiga melakukan tuntutan palsu kononnya berlaku kes sakit berat.

Kata sumber, keadaan itu sering berlaku dalam kalangan pasara yang mendakwa mereka memerlukan kos perubatan yang tinggi sedangkan mereka tidak mengalami sakit berat.

Golongan berkenaan membayar kepada pihak ketiga untuk menuntut bayaran daripada Perkeso.

“Mereka sudah berumur dan memang ada sakit, tetapi bukannya sakit berat, bukan penyakit barah atau sakit mental.

“Disebabkan pelbagai keadaan, mereka memerlukan duit lalu mengemukakan laporan perubatan yang palsu kepada Perkeso,” kata sumber.

Tambahnya, kes tuntutan palsu didapati semakin menjadi-jadi sejak dua tahun kebelakangan ini.


“Ada juga pihak yang mendakwa diri berasal daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu membantu pencarum, hakikatnya mereka mahu menipu,” katanya.

Menurut sumber lagi, terdapat juga pesara yang betul-betul mengalami sakit berat, tetapi mereka tidak layak melakukan tuntutan kerana belum mencapai 60 tahun.

“Golongan ini juga mencari pihak ketiga untuk menuntut bagi mereka,” katanya sambil menegaskan keberkesanan sistem dalam talian dalam mengekang kes tuntutan palsu.

Kategori