Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cinta Lokasi Bawa Marian,...

HUBUNGAN yang terjalin ketika menjalani penggambaran filem atau drama bukanlah satu benda baharu...

Salleh Said, Pandikar Amin...

KOTA KINABALU - Kini tersebar spekulasi bahawa bekas menteri Salleh Said Keruak dan...

Lebih RM2.1j Imbuhan Untuk...

BESUT - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Terengganu menerima peruntukan sebanyak RM2,173,609.23 bagi...

Warga Emas Maut Motosikal...

IPOH - Seorang warga emas maut manakala seorang lagi cedera ringan selepas motosikal...

Pesara KTM Berusia 99 Tahun Berjaya Selaras Pencen

KUALA LUMPUR – Seorang bekas kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) berusia 99 tahun, yang berjuang hampir 38 tahun untuk mendapatkan layanan adil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, akhirnya berjaya mendapat perintah mahkamah supaya pencennya diselaraskan mengikut jumlah yang sepatutnya beliau peroleh.

Ini berikutan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Faizah Jamaludin yang membenarkan permohonan semakan kehakiman bekas pemandu kren KTM, M. Alagan, selaku pemohon bagi mendapatkan perintah supaya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menyelaraskan pencennya berdasarkan gaji akhir RM510 pada Gred D5 yang sepatutnya beliau terima mulai 1 Julai 1980.

Alagan yang bersara pada 5 Mac 1971 berkata gaji hakiki bulanan akhir diterimanya untuk perkhidmatan adalah RM480 pada Gred D38 sedangkan gred terakhir yang sepatutnya diterima adalah Gred D5.

Faizah, dalam penghakiman ringkasnya, berkata mahkamah mendapati keputusan dibuat responden pertama iaitu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ketika menolak rayuan pemohon (Alagan) agar pelarasan pencennya dikira semula, adalah tidak munasabah.

“Oleh itu, mahkamah mengetepikan keputusan responden pertama dan mengarahkan kiraan semula pencen dibuat berdasarkan gred yang sepatutnya diterima oleh pemohon sejak Julai 1980,” kata Faizah.

Mahkamah turut memerintahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan kerajaan, yang juga dinamakan sebagai responden, membayar kos berjumlah RM50,000 kepada pemohon.

Dalam permohonan difailkan pada 1 Dis 2016, Alagan, yang sebelum itu bertugas di Pelabuhan Klang, memohon perintah mahkamah untuk membatalkan keputusan responden pertama yang menolak permohonannya bagi pelarasan pencen dikira semula berdasarkan gaji akhir RM510 mulai 1 Julai 1980 seperti dinyatakan dalam surat diterimanya daripada Bahagian Pasca Perkhidmatan.

Bapa kepada enam anak itu turut menuntut deklarasi bahawa beliau berhak mendapat pelarasan pencen berkenaan selain memohon perintah mahkamah untuk mengarahkan responden menyelaraskan semula pengiraan pencen berdasarkan gaji akhir yang sepatutnya diterimanya dan membayar segala tunggakan pembezaan kepada pemohon.


Mahkamah juga membenarkan permohonannya bagi mendapatkan pelarasan pencen berkenaan selain memohon perintah mahkamah untuk mengarahkan responden menyelaraskan semula pengiraan pencen berdasarkan gaji akhir yang sepatutnya diterimanya dan membayar segala tunggakan pembezaan kepada pemohon.

Alagan memfailkan permohonan itu atas alasan dia tidak mendapat layanan adil oleh responden yang menolak tuntutan pelarasan pencennya selain mendakwa telah mengguna pakai undang-undang salah dalam mengira pencen seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 6 Akta Pencen 1980.

Beliau mendakwa ini adalah kerana ketika bersara berlaku kesilapan pada kategori jawatannya yang mana responden pertama tidak memasukkan perkataan “High” bagi jawatan pemandu kren “High Portal” yang melayakkan pemohon pencen pada gred akhir D5.

Sementara itu, peguam M. Manoharan yang mewakili Alagan ketika ditemui pemberita memberitahu, anak guamnya dijangka menerima pelarasan pencen lebih RM100,000 selepas kiraan yang betul dilakukan.

Alagan yang berkerusi roda pula ketika ditemui melahirkan rasa gembira dan lega dengan keputusan mahkamah hari ini dan menyifatkan kebenaran telah ditegakkan. – BERNAMA

Kategori