Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tambang Bas Panorama Guna...

MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka telah melaksanakan sistem bayaran tambang secara elektronik bagi...

60 Ditahan Bersabit Dadah...

Kangar : Seramai 60 individu yang dikehendaki atas kesalahan membabitkan dadah di daerah...

Hakim New York Benar...

NEW YORK — Seorang hakim Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan keputusan yang membenarkan sejumlah bas di...

Harga Petrol RON97 Turun...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 9 sen seliter kepada...

Pesara Doktor Gigi Mati Ditikam 30 Kali Bekas Pesakit

MALANG, seorang pesara doktor gigi meninggal dunia apabila ditikam sebanyak 30 kali oleh bekas pesakitnya kerana tidak berpuas hati gigi palsu yang mula digunakan puluhan tahun lalu bertukar warna!

Chen Zhongwei berusia 60 tahun merupakan bekas Pengarah Pentadbiran Stomatologi di Hospital Awam Guandong, China meninggal dunia setelah dua hari menerima rawatan di hospital tersebut.

Pesara Doktor Gigi Mati Ditikam 30 Kali Bekas Pesakit

Tragedi malang itu telah mencetuskan kemarahan dan menimbulkan persoalan serius berhubung sistem penjagaan kesihatan oleh netizen republik itu.

Pada malam Sabtu lalu, beratus-ratus orang awam berkumpul di Hero Square bagi meratapi tragedi yang menimpa Zhongwei.

Malah para doktor di seluruh republik itu juga turut menyatakan simpati mereka di laman sesawang Badan Perhubungan Perubatan Doktor Cina.

Menurut sebuah portal South China Morning Post, Zhongwei diserang di rumahnya pada Khamis lalu dan mengalami kehilangan darah yang banyak akibat ditikam oleh suspek di bahagian kepala dan kakinya.

Jelas portal itu lagi, suspek yang hanya dikenali sebagai Liu, 47 membunuh diri dengan terjun dari tingkat 18 balkoni milik mangsa.


Pesara Doktor Gigi Mati Ditikam 30 Kali Bekas Pesakit

Pesara Doktor Gigi Mati Ditikam 30 Kali Bekas Pesakit

Menurut laporan hospital, Liu pernah dirawat oleh Zhongwei, 25 tahun lalu.

Namun menurut seorang dotor yang tidak ingin dikenali, dia menjelaskan bahawa suspek ada datang bertemu mangsa bagi menuntut pampasan kerana giginya telah bertukar warna.

“Liu meminta pampasan dan ganti rugi dari Zhongwei kerana gigi yang dipasangnya telah bertukar warna, malah turut mengugut untuk mati bersama sekiranya pampasan itu tidak dibayar,” kata doktor itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori