Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

84% Lokasi Wabak Denggi...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 41 daripada 49 lokasi panas wabak demam denggi yang...

Otai Reformis 1998 Mahu...

TEGUH... Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti menjadi Perdana Menteri yang kelapan...

Erry Putra Ambil Cuti...

PETALING JAYA - Pelakon Erry Putra menjelaskan tidak pernah memandang negatif terhadap kritikan segelintir pihak...

Amaq, Agensi Berita Daesh...

BEIRUT - Agensi berita rasmi milik kumpulan militan Daesh, Amaq langsung tidak membuat sebarang...

Pesalah Trafik DBKL Berdepan Senarai Hitam JPJ

KUALA LUMPUR – Mereka yang gagal menjelaskan kompaun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum 30 Sept lalu kini berdepan tindakan disenarai hitam yang akan dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata DBKL telah menghantar sebahagian nama pesalah trafik, khususnya yang mempunyai banyak tunggakan, ke JPJ untuk tindakan tersebut.

“Bukan kami yang keluarkan senarai ‘blacklist’ itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Second Edition of SPARK – International Landscape Architecture Dialogue 2018 bersempena Kuala Lumpur Design Month (KUL DESIGN) di Biro Pelancongan Kuala Lumpur, di sini hari ini.

DBKL sebelum ini melancarkan kempen yang menyaksikan tawaran diskaun sehingga 70 peratus untuk kompaun bagi pesalah trafik yang menjelaskan bayaran dalam tempoh 1 hingga 30 Sept lepas dengan sasaran kutipan RM100 juta, namun hanya RM2 juta berjaya dikutip DBKL.

Menurut rekod DBKL, kira-kira empat juta saman kesalahan trafik dikeluarkan pihak berkuasa tempatan itu sehingga Ogos tahun ini melibatkan nilai hampir RM1bilion.

Sementara itu, Nor Hisham berkata penganjuran SPARK 2018 merupakan satu pembaharuan yang inovatif dalam mencorakkan landskap di ibu negara.


“Kami mahu jadikan Kuala Lumpur lebih berdaya maju dan apabila pelancong datang ke sini, mereka dapat melihat landskapnya semakin bertambah baik sekali gus menuju ke arah ‘garden city,” katanya.

Dialog dua hari itu dianjurkan oleh Institut Arkitek Landskap Malaysia. – BERNAMA

Kategori