Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pukul Bekas Tunang: Bekas...

KUALA LUMPUR - Akibat berang dengan tindakan wanita yang ingin memutuskan hubungan dengannya,...

Program Pembasmian Kemiskinan Ambil...

KUALA LUMPUR - Program pembasmian kemiskinan di negara ini dilakukan bukan sahaja mengambil...

Anggota SPRM Ditempatkan Di...

JOHOR BAHRU – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menempatkan beberapa pegawai dan...

Kes Perubatan ‘Rare’ Janin...

LANGZHONG (China) - Seorang wanita berusia 30 tahun di bandar ini gembira selepas...

Perwakilan Cetus Kekecohan Akan Dipecat

AYER KEROH – Anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan ahli parti yang didapati bersalah mengganggu atau mensabotaj perjalanan kongres akan dikenakan tindakan tegas, termasuk dipecat.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menegaskan kekecohan dan cubaan beberapa perwakilan merempuh masuk dewan persidangan Kongres AMK, adalah kesalahan disiplin yang serius.

“Sesiapa yang melanggar tata etika dan disiplin parti, termasuk usaha menceroboh secara fizikal mengganggu atau mensabotaj perjalanan kongres akan dikenakan tindakan tegas, sama ada diberi surat tunjuk sebab atau dipecat.

“Jika mana-mana perwakilan ada aduan, ia perlu diutarakan menerusi saluran yang sah. Sebarang cubaan merempuh masuk bertentangan dengan disiplin parti,” katanya kepada pemberita di ruang legar dewan persidangan Kongres AMK di sini, hari ini.

Mengulas tindakan bekas Pengerusi Tetap AMK, Mizan Adli Mohd Noor yang turut cuba masuk ke persidangan Kongres AMK, Fahmi menegaskan Mizan Adli tidak dibenarkan masuk kerana tidak layak menjadi perwakilan AMK memandangkan usianya sudah melebihi 35 tahun.

“Tindakan beliau untuk masuk adalah satu pelanggaran serius dan saya pasti pimpinan akan meneliti perkara ini kerana kekecohan ditimbulkan sudah pasti memburukkan imej parti dan pimpinan,” katanya.

Mengulas dakwaan Mizan Adli bahawa terdapat sekumpulan individu yang dibawa masuk tanpa sebarang pas ke dalam Kongres AMK, Fahmi memaklumkan tidak memiliki maklumat mengenainya kerana sewaktu kejadian, beliau berada dalam Kongres Wanita PKR yang berjalan lancar dan tenang.

Terdahulu, Mizan Adli mendakwa kira-kira 200 perwakilan tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan masuk, sedangkan sejumlah individu seperti ‘budak sekolah’ yang memakai baju hitam dibenarkan masuk sebagai pemerhati walaupun tiada pas.

“Kenapa pemerhati lebih ramai di dalam sedangkan tak ada pas masuk, sedangkan ramai perwakilan yang ada pas tidak dibenarkan masuk. Ramai pemerhati terdiri daripada budak sekolah memenuhkan dewan sejak awal pagi,” katanya.


Perwakilan Shah Alam yang juga Naib Ketua AMK Shah Alam, Muhd Izuan Ahmad Kasim mengulangi dakwaan itu dan turut merakamkan gerombolan individu dipercayai berusia bawah 20 tahun, dibawa masuk ke dalam dewan persidangan menggunakan pintu belakang.

“Sebelum jam 8 pagi, kami dapati segerombolan kumpulan berbaju hitam masuk daripada pintu belakang dewan. Kami rakam kerana menganggap situasi itu sangat pelik.

“Apabila dapat masuk, kami dapati mereka duduk di bahagian pemerhati namun tidak memakai tag, sedangkan perwakilan dan pemerhati diberikan tag khas.

“Ketika itu juga, ada perwakilan di halang masuk. Jadi ada yang arahkan pemerhati ini keluar, menyebabkan kekecohan berlaku di dalam dewan hingga ucapan Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir terhenti seketika,” katanya.

Muhd Izuan percaya jumlah ‘pemerhati’ yang terlalu ramai itu menyebabkan sejumlah perwakilan tidak dapat masuk, sekali gus menjadi punca berlaku kekecohan dan rempuhan di pintu masuk dewan persidangan.

“Ada juga yang minta nombor kad pengenalan ‘pemerhati’ ini untuk memeriksa keahlian mereka dalam pangkalan data parti, namun mereka tak bagi,” katanya. – BH Online

Kategori