Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sarawak Setuju Wujud Sekolah...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan negeri Sarawak...

Sambutan Program Mylesen Tidak...

KUALA LUMPUR - Program Mylesen yang dilancarkan sejak 2015 yang bertujuan menggalakkan golongan...

90.5% Langkah AEC Telah...

KUALA LUMPUR - Anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) telah berjaya melaksanakan 90.5...

VIDEO: Jijiknya.. Bila Telinga...

Apa perasaan anda jika dapat tahu, ada hidupan lain 'menumpang' anggota badan anda...

Perutusan Pelik PM Rai PH Berkuasa 100 Hari

“SESUNGGUHNYA Allah SWT ada 99 nama. 100 kurang 1.” Dari hadis Nabi SAW inilah simbolik angka 100 jadi makna besar dalam masyarakat kita. Dari lensa ilmu hisab, formula 100 sebagai markah penuh atau 100%.

Dalam realiti umat Islam, ada amalan kenduri arwah 100 hari, zikir pun ada 100 kali. Manakala dalam politik, 100 hari juga sinonim untuk rai kejayaan dalam tempoh awal pentadbiran di mana-mana negara hatta di negara maju.

Sebab itu kerajaan PH letak 10 janji PH dalam 100 hari. Serba ada makna. Ramai bertalu bertanyakan kepada saya. Apakah analisis tuan tentang pencapaian kerajaan PH? Saya diam. Cuma memerhati pemain media sosial beraksi.

Sejauh mana kesannya. Ada yang logik. Ada juga yang “cliche”. PH gagal! Gagal. Soalnya adakah hasutan kegagalan ini enak diterima oleh rakyat marhaen. Atau penyokong tegar PH masih lagi memberi masa tambahan kepada PH.

Setelah saya mendengar sendiri di kaca televisyen keseluruhan ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad disiarkan semua stesen televisyen tempatan secara serentak pada malam tadi, saya terpanggil untuk lihat sisi pro dan kontranya:

Pertama, Tun M selaku Perdana Menteri secara jujur dan terbuka mengakui setakat 100 hari ini hanya 35 peratus janji berjaya ditunaikan. Rakyat suka pada pemimpin yang jujur. Bagaimanapun, kenyataan ini akan corak persepsi.

Jawapan A: Baru 100 hari sudah 21 janji tertunai. Atau juga jawapan B: Dalam tempoh 100 hari yang dijanjikan, PH hanya mampu tunaikan 21 janji (atau 35 peratus sahaja). Anda ingin pilih yang mana satu? A atau pun mungkin B.

Anda dari parti mana. Silalah pilih ikut warna cermin mata. Jika pakai cermin mata hitam, semua nampak hitam. Tambah lagi kalau sudah pilih mata, memang matalah jawabnya. Sampai lupa berapa markah kerajaan PH score!

Semua tertunai. TUNAI! Sebenarnya saya lebih suka untuk membahaskan ucapan Perdana Menteri sendiri sempena dengan janji 100 hari ini. Lidahnya adalah dianggap sebagai polisi rasmi negara. Ia merupakan Official Statement.

Kita telaah satu persatu. Saya akan kongsikan. Isu pertukaran GST kepada SST. Saya boleh menerima alasan rasmi kerajaan PH konon mereka memerlukan masa tambahan kerana ia melibatkan pembentangan di Parlimen.

Namun, saya amat terperanjat kerajaan PH ambil kredit dalam jeda masa transisi daripada GST kepada SST ini konon rakyat sedang merasai penurunan harga kereta dan barangan kerana “tiada cukai” yang dikenakan. MURAH!

Ini tidak wajar. Sebab ia hanya kesan sementara. Sekarang rakyat sedang bimbang dengan SST sebanyak 16 peratus. Ia menyebabkan lonjakan harga barangan. Menteri PH juga sudah keluarkan kenyataan harga barang akan naik.

Sehingga terdesak minta pengguna guna ‘kuasa beli’ mereka. Minta pula orang kampung tanam sayur tepi longkang rumah. Saya kecewa kerana ia lepas tanggungjawab kepada rakyat kembali. Rakyat pilih PH untuk selesai masalah.

Apa yang saya nantikan PM memberi jaminan bahawa harga barangan akan kembali asal seperti sebelum GST diperkenal pada 2015. Harga jadi murah. Bawa RM50 boleh penuh satu troli. Duit RM50 boleh rasa nilainya RM50.

Ini kerana era zaman BN ada yang kata macam RM1 saja. Tetapi tidak masuk pula ke tabung masjid RM50 tu. Sebab itulah kenapa rakyat sanggup undi PH semasa PRU ke-14. Hendak harga barang jadi turun seperti buah “tomato”.

Tetapi sayang pasca 100 hari pun tiada JAMINAN lagi daripada kerajaan PH. Apakah kesudahannya kelak? Adakah para peniaga pula akan dikambing hitamkan? Tunggu dan lihat sahajalah apa yang bakal berlaku selepas ini.

Kedua, kerajaan PH berbangga dengan harga petrol dikekalkan sama seperti kerajaan BN iaitu pada kadar RON 95 iaitu RM2.20 seliter. Untuk makluman, pada ketika ini harga minyak dunia melonjak kepada paras 1 barrel USD75.

Bagi PH, mereka sudah mengeluarkan subsidi yang lebih besar untuk kekalkan harga kepada paras sekarang. Ini betul kerana pada zaman BN dahulu pun, harga minyak dunia pernah catat kejatuhan kepada 1 barrel USD45.

Tetapi jika fikir semula, Malaysia adalah negara pengeluar minyak. Negara akan peroleh untung lebih besar apabila harga minyak dunia menokok. Keuntungan inilah yang sepatutnya disalurkan lebih besar kepada subsidi minyak.

Tetapi kerajaan PH pula cuba mengambil kesempatan kerana rakyat sudah berdiam dan selesa pada harga RM2.20 seliter. Walhal PH boleh menurunkan lagi harga sehingga RM2.10 seliter. Tetapi buat apa? Rakyat boleh terima.

Sebab itu pengguna harus terus menekan kerajaan PH turun harga petrol. Negara kita sedang dapat laba besar melalui kenaikan harga minyak dunia. Rakyat layak dapat harga lebih murah daripada setakat RM2.20 seliter.

Ketiga, saya ingin mengulas isu caruman skim KWSP bagi suri rumah bermula pada 15 Ogos lalu. Ia berjaya dilaksanakan. Tetapi bagi hemat saya ia adalah satu perkara dan polisi yang mudah. Simpanan memang sudah ada.

Tidak perlu cari dana dan melibatkan kos. Cuma tukar dan tambah baik polisi sedia ada sahaja. Janji ini mudah ditunaikan oleh sesiapa sahaja. Bukan tahap pemikiran seorang bergelar Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Keempat, bab projek mega memang sah MRT fasa 3 dibatalkan pada 30 Mei lalu. Ini saya pelik. Jajaran MRT dari Sungai Buloh ke Kajang memberi kemudahan kepada masyarakat urban sendiri. Majoritinya pula kaum Cina.

Projek MRT ini kerajaan BN yang laksanakan. Tapi pengundi bandar tetap tolak BN. Sebaliknya PH yang mereka undi pula yang membatalkan projek fasa 3 ini. Pendek kata, adakah ini hadiah terbaik PH kepada pengundi bandar.


MRT lah yang dapat menyelesaikan masalah kesesakan bandar dan kos tol dalam pusat bandar. Sementara bagi projek mega yang lain sepeti ECRL dan HSR akan ditangguhkan, konon tidak sesuai dan berdalih kos agak tinggi.

Tapi saya percaya ia akan disambung semula malah diberikan kepada pemodal baharu yang mesra PH. Ini akan menjejaskan integriti mereka sendiri. Tengok sahajalah isu kes muflis Setiausaha Politik Menteri Pertahanan.

Baru lepas angkat sumpah jawatan di Istana Negara, sekelip mata hutang dibersihkan Jabatan Insolvensi dan dibayar penuh oleh perasuah. Apakah ini jadi kriteria Menteri PH dalam hal pelantikan ‘first circle’ mereka?

Kelima, menyamaratakan gaji minimum. Ini memerlukan masa 5 tahun lagi. Tetapi mesti ingat Perdana Menteri ke-7 sendiri ada telah menyatakan bahawa gaji yang rendah menggalakkan pelabur terus tanam modal di Malaysia.

Anda semua boleh menyimpulkannya. Mudah cakap, lebih baik gaji rendah sebab itu konon baik untuk ekonomi negara. Tidak perlu saya mengulas panjang lebar isu gaji kecil ini. Maklumlah rakyat sendiri yang sudah memilih.

Keenam, skim peduli sihat di klinik swasta. Bunyi agak ranum, beri peluang kepada rakyat nikmati perkhidmatan lebih baik. Tetapi apa hal pula Timbalan Menteri Kesihatan sudah uar-uar tiada lagi caj RM1 di hospital kerajaan.

Rakyat perlu beli insurans untuk dapat rawatan. Ini yang rakyat marhaen bimbang. Apa nasib orang pedalaman yang kaki sudah tinggal sebelah dan menetap di hulu luar bandar yang hidup sebatang kara? Apa nasib mereka?

Ketujuh, isu pinjaman PTPTN. Tun M menjelaskan kerajaan PH telah mansuh senarai hitam setakat 8 Jun lalu meliputi 51,272 orang. Apakah polisi digelapkan? Untuk makluman, ia sekadar bebas senarai hitam ke luar negara.

Ini di bawah kuasa Imigresen, bukannya dari CCRIS dan seumpamanya. Ada anak muda mengeluarkan duit dari kad kredit untuk bayar hutang PTPTN semata untuk keluar negara sebelum ini! Sila lihat perkara ini secara holistik.

Menteri PH, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu telusuri isu ini semula. Ada anak muda sudah muflis awal usia 30-an. Kena CCRIS, maka mereka tidak boleh buat pinjaman rumah, kereta dan peribadi untuk majlis pernikahan.

Kelapan, saya akui ada beberapa perkara yang berjaya ditunaikan secara total oleh kerajaan PH. Kita tidak boleh nafi. Misalnya, pembebasan Anwar Ibrahim. Ini mesti ditunaikan, kalau tidak perang besar dalam PH akan berlaku.

Kemudian pelantikan Ronald Kiandee sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Parlimen. Bagi saya ia sekadar syarat longgar sahaja untuk tonjol PH beri ruang luas kononnya kepada wakil pembangkang.

Patutnya lantik yang lebih wibawa dalam PH. Mana janji PH dalam manifesto mereka itu sendiri untuk mengiktiraf Ketua Pembangkang setaraf jawatan Menteri? Tun M sendiri ada kata bahawa ia tidak mungkin boleh dilaksanakan.

Paling bermotif politik ialah kes siasatan 1MDB yang pernah dijalankan oleh PAC tahun lalu, kini tidak lagi di bawah Akta Rahsia Rasmi. Ini saya lihat ada motif dendam kesumat. Supaya semua orang tahu. Jika boleh satu dunia tahu.

Ia seperti tindakan PH membenarkan semua media termasuk paparazi memasuki kapal mewah Equinamity. Ada motif tersembunyi. Sedangkan janji mereka ia kononnya akan disiasat teliti dalam satu panel Suruhanjaya Diraja.

Kesimpulannya, semua yang PH laksanakan sebahagiannya adalah untuk kepentingan mereka sendiri. Apa yang belum terlaksana ibarat sedang mencari alasan dan rencana baharu misalnya dalih hutang negara terlalu tinggi.

Maka ia menyebabkan kesukaran PH untuk menunaikan janji manifesto, juga alasan “manifesto bukan kitab suci” dan paling win “pembuat manifesto tidak membuat kajian ketika menawarkan janji manis tersebut kepada rakyat!”

Oleh itu, untuk masyarakat Malaysia baharu, kita harus sedar selepas ini bahawa manifesto adalah sebagai iklan parti. Setelah kita pilih, mereka berhak kerana mereka yang ada kuasa sama ada untuk menunaikan atau sebaliknya.

Tapi itu tidak berapa penting. Apa yang penting, benarkah rakyat tidak kisah akan komitmen janji PH atau mereka hanya mahu BN terduduk sahaja kalah dalam PRU? Yang memekik kuat ketika ini konon hanya ulat-ulat UMNO?

Bagi saya tidak mengapa: biarlah UMNO mewakili suara rakyat marhaen. Percayalah UMNO harus merintis jalan untuk menekan PH agar segera menunaikan janji mereka. Rakyat sedang memerhati PH. “I am watching you!

Akhir kata, saya berharap tulisan saya ini dianggap sebagai menyahut seruan Perdana Menteri sendiri bahawa kerajaan baharu sedia ditegur dan terbuka dikutuk malah menggalakkan kritikan demi kesejahteraan negara.

– Azahakim

Kategori