Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Skim Subsidi Harga Padi...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meningkatkan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) kepada...

Permintaan Perjalanan Udara Meningkat...

KUALA LUMPUR - Jumlah pergerakan penumpang udara global pada 2014 menunjukkan permintaan meningkat...

Anak Bilal Antara 21...

YAN - Seorang lelaki yang juga anak kepada seorang bilal dekat sini, tidak...

Diskaun 30% Untuk Pas...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan potongan harga sebanyak 30 peratus bagi...

Peruntukan RM289 Juta Untuk Rancangan Makanan Tambahan

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM289 juta diperuntukkan untuk melaksanakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi murid sekolah yang tergolong dalam kumpulan miskin tegar, tahun depan.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata RM250 juta akan digunakan untuk membekalkan makanan bernilai RM2.50 sehari bagi setiap murid di Semenanjung manakala RM3 sehari bagi setiap murid di Sabah, Sarawak dan Labuan selama 190 hari iaitu jumlah hari minimum sesi persekolahan.

Beliau berkata baki RM39 juta akan digunakan untuk membekalkan susu atau makanan lain.

“Bagi tahun 2018, seramai 489,117 murid menerima RMT melibatkan 7,316 sekolah di seluruh negara. KPM sentiasa berusaha mempertingkatkan pendidikan dan kesihatan dalam kalangan murid. Sehubungan itu, pelbagai bantuan dilaksanakan termasuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT),” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk M. Sambanthan pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Teo berkata pemantauan bagi memastikan kantin sekolah membekalkan makanan berkhasiat kepada murid di bawah tanggungjawab pengetua, guru besar dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru di mana operator boleh dikenakan tindakan penamatan kontrak jika didapati makanan dijual tidak mengikut garis panduan. – BERNAMA

Kategori