Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Remaja Maut Motosikal Terlibat...

BUKIT MERTAJAM - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan...

‘Drama Air Mata’ Pendatang...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga Indonesia yang bekerja di sebuah pusat sauna tanpa...

Ramadan Al-Mubarak, Bulan Pesta...

DARIPADA Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ramadhan telah datang kepada kamu, Ia merupakan...

Pemuda PAS Tuntut Nga...

KOTA BAHARU - Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini menuntut anggota Parlimen Taiping,...

Peruntukan RM25 Juta Bantu Usahawan Muda Cina

SERI KEMBANGAN – Sejumlah RM25 juta akan disalurkan ke dalam Skim Mikro Kredit E-Dagang bagi manfaat golongan usahawan muda Cina berusia 18-45 tahun, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika mengumumkannya hari ini, Perdana Menteri berkata skim itu khusus bagi membantu golongan terbabit yang berhasrat menyertai usaha transformasi digital.

“Oleh itu, saya menggesa kalangan (usahawan) Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) muda Cina untuk mengambil peluang keemasan ini bagi memastikan kejayaan usaha transformasi digital masing-masing.

“Ini juga bagi membolehkan anda dapat memainkan peranan sepenuhnya bagi menjadikan Transformasi Nasional 2050 (TN50) itu satu kenyataan,” kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran skim Mikro Kredit E-Dagang itu di Wisma Huazong di sini, hari ini.

Perdana Menteri juga optimis skim itu mampu menghasilkan keputusan hebat dalam tempoh singkat merangkumi sekurang-kurangnya tiga bidang utama termasuk menyemai elemen keusahawanan-tekno dalam golongan muda serta meningkatkan tahap kehidupan mereka dari segi pendapatan dan kualiti kehidupan.

“Ketiga, ia dapat membantu transformasi PKS tradisional agar mereka dapat kekal kompetitif dan relevan selain membantu produk luar bandar kita menembusi pasaran global,” katanya.

Jelas Najib, Skim Mikro Kredit E-Dagang itu juga akan menawarkan kemudahan pembiayaan serba cekap serta berpatutan untuk membantu usahawan muda Cina mengharungi transformasi digital dan pada masa sama membolehkan usahawan tradisional PKS kaum itu mentransformasi perniagaan mereka dengan teknologi digital.

“Penggunaan komputer peribadi atau telefon mudah alih misalnya dapat menghubungkan pembeli dan penjual secara dalam talian, merentasi benua dan menyepadukan mereka ke dalam pasaran baharu global,” katanya.

Malah, kata Perdana Menteri, selain memberi manfaat kepada golongan muda dan PKS di kawasan bandar, transformasi teknologi itu juga membolehkan kalangan belia dan usahawan luar bandar mengembangkan perniagaan serta menjalin kerjasama di luar negara.


Beliau berkata, kerajaan turut memperakui kepentingan sektor e-dagang dan pendigitalan bagi masa depan apabila mewujudkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) – pertama di dunia di luar China yang bertujuan memanfaatkan kepesatan ekonomi internet dan e-dagang merentasi sempadan.

“Ia secara rasminya bermula pada November lepas namun lebih 2,000 PKS sudah mendaftar untuk memanfaatkan peluang besar yang disediakan menerusi platform ini,” katanya.

Dalam pada itu, Najib menyelar pihak yang disifatkan beliau mempunyai rancangan yang sebaliknya boleh menjejaskan kewangan negara.

“Mereka ini sanggup menabur pelbagai janji manis walaupun telah mengakui tidak mampu untuk mengotakannya,” katanya.

Kerajaan sebaliknya, tegas Perdana Menteri, mempunyai perancangan yang jelas bagi transformasi ekonomi Malaysia.

“Malah, pada masa sama, kita sentiasa mengutamakan aspek pertumbuhan negara yang mampan dan inklusif sebagai teras bagi mengambil sebarang keputusan,” katanya. – BERNAMA

​​​​​​​

Kategori