Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PRK DUN Semenyih 2...

RASMI... Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Mac depan sebagai hari pengundian bagi...

Duta AS Gesa Putuskan...

NEW YORK - Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Nikki...

Polis Didakwa Terima Rasuah...

IPOH - Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Petronas Akan Teruskan Dasar...

BINTULU - Petronas akan terus mengambil, menggilirkan, memajukan dan menaikkan pangkat semua kakitangan...

Perubahan Kerajaan Tak Jamin Pemimpin Elak Rasuah

KUALA LUMPUR – Kejayaan utama bagi sebuah negara untuk bebas rasuah ialah keazaman rakyat menghapuskan gejalanya dalam kalangan masyarakat.

Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr Chandra Muzaffar, berkata perubahan kerajaan tidak akan menjamin kepemimpinan baharu mengelak daripada melakukan rasuah dan kesalahan lain.

Bagaimanapun katanya, ujian sebenar bermula apabila pemimpin memilih untuk melakukan apa yang betul walaupun ia menjejaskan kepentingan mereka sendiri.

“Jika pilihan raya berubah, undang-undang dan fahaman tidak membawa kepada masyarakat yang bebas rasuah, tidak bolehkah seseorang berpaling kepada rakyat, minta mereka lakukan apa yang boleh untuk membawa masyarakat dengan komitmen lebih kuat, kepada sesuatu yang benar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam artikelnya bertajuk ‘A People’s Campaign Against Corruption’ yang diterbitkan dalam seksyen Bernama Thoughts menerusi portal berita BERNAMA, semalam.


Justeru, Chandra berkata semua rakyat dijemput menyertai kempen desentralisasi yang matlamat utamanya adalah bukan saja menghapuskan rasuah tetapi mewujudkan masyarakat benar-benar beretika dan bermoral.

“Kempen adalah respons kepada persepsi yang rasuah merebak dalam masyarakat. Ia menekankan kesan jenayah ini terhadap rakyat dan mengapa mereka perlu memeranginya demi kebaikan dan masa hadapan negara,” katanya. – BERNAMA

Kategori