Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Zii Jia Kemuka Rayuan...

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat...

Banjir: Najib Arah Menteri...

KUALA LIPIS - Semua menteri kabinet yang sedang berada di luar negara telah...

Suami Jolok Pengiling Kayu...

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan. Hanya kerana tidak mempunyai anak, seorang lelaki sanggup menjolok...

PAS Kesal Harimau Malaysia...

KUALA LUMPUR - PAS kesal kerana Harimau Malaysia menyertai Piala AFF 2016 yang...

Pertemuan Kedua Trump – Jong Un Tidak Capai Persetujuan

HANOI : Tiada sebarang persetujuan dicapai antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan ketua Korea Utara, Kim Jong Un dalam sidang kemuncak di sini, kata Rumah Putih hari ini.

Setiausaha Rumah Putih, Sarah Sanders dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat antara Trump dan Jong Un berjalan dalam suasana baik dan sangat membina.

“Kedua-dua pemimpin membincangkan pelbagai cara untuk memansuhkan program nuklear dan konsep berteraskan ekonomi. Tiada sebarang persetujuan dicapai kali ini tetapi pasukan kedua-dua belah pihak teruja untuk mesyuarat seterusnya pada masa akan datang,” katanya.

Trump dan Kim meninggalkan lokasi mesyuarat, hotel Metropole pada jam 1.25 petang (waktu tempatan) tanpa sebarang upacara menandatangani perjanjian secara terbuka selepas pertemuan tertutup pada sebelah pagi.

Satu jamuan makan tengahari yang dijadualkan sebaik tamat mesyuarat turut dibatalkan pada saat akhir malah Trump turut mempercepatkan sidang akhbar dua jam lebih awal.

Terdahulu, Trump dan Jong Un yang duduk berhadapan di meja persidangan kelihatan yakin dengan perkembangan sedia ada.


“Jika saya tidak mahu melaksanakan perkara itu, saya tidak akan berada di sini sekarang,” kata Jong Un kepada media dengan menggunakan penterjemah ketika ditanya sama ada beliau bersedia untuk menghentikan program senjata nuklear di negaranya.

Trump, sebagai reaksi terhadap kenyataan itu berkata, : Itu barangkali adalah jawatan terbaik yang pernah anda dengar.”

Pertemuan kedua pemimpin berkenaan secara dasarnya adalah susulan daripada sidang kemuncak pertama mereka di Singapura.

Di Singapura, kedua-dua mereka menandatangani perjanjian yang menyaksikan Jong Un berikrar melaksanakan program penghapusan nuklear di semenanjung Korea. – Agensi

Kategori