Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

3 Suspek Amerika Latin...

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki warga Amerika Latin yang ditahan polis dua hari...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini berikutan permintaan...

Genosid Rohingya Isu Sejagat,...

KUALA LUMPUR - Kekejaman ke atas etnik Islam Rohingya ini bukanlah satu isu...

6 Objektif Perkasa Khidmat...

MELAKA - Kementerian Pertahanan menggariskan enam objektif utama bagi memperkasa sistem penyampaian dan...

Pertemuan Harimau Malaya Dan Hong Kong Mungkin Batal

KUALA LUMPUR – Perlawanan persahabatan antarabangsa skuad Harimau Malaya menentang Hong Kong pada 15 Oktober depan mungkin dibatalkan susulan isu keselamatan di bandar raya itu.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, pihaknya peka dan berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Hong Kong (HKFA) berhubung protes yang dilaporkan semakin menjadi-jadi di wilayah itu.

“Kita peka dengan apa yang berlaku di sana di mana FAM serta HKFA bekerjasama bagi memastikan keselamatan kedua dua pasukan. Mungkin apa yang berlaku cuma membabitkan isu domestik dan tidak mengganggu bola sepak.

“Malah, Hong Kong juga sudah menjadi tuan rumah untuk aksi Kelayakan Piala Dunia dan tiada isu keselamatan timbul. Masih ada masa lagi sebelum perlawanan di mana mungkin situasi di sana akan berubah selepas ini.

“Namun kita sensitif dan sudah bersedia dengan pelan B jika berlaku perkara tidak dijangka. Kita akan cuba mendapatkan persetujuan HKFA untuk melangsungkan perlawanan di sini dan kalau mereka tidak bersetuju, mungkin kita akan batalkan aksi persahabatan ini,” katanya.

Protes ganas berlaku lebih 100 hari di Hong Kong dicetuskan oleh satu rang undang-undang yang boleh menarik wilayah itu kepada sistem perundangan di China.

Rang undang-undang itu ditarik awal bulan ini namun protes masih berterusan.


“Pelan B, jika boleh Hong Kong datang bermain di Malaysia. Pelan C pula jika mereka tidak setuju kita akan batalkan perlawanan persahabatan itu.

“Kita tunggu masa sesuai untuk buat keputusan bersama. Bagi saya, HKFA memang peka (protes) dan tidak tidak mahu isu keselamatan timbul yang mungkin akan diambil tindakan oleh FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa).”

Perlawanan menentang Hong Kong antara sesi ujian untuk pasukan kebangsaan untuk menghadapi baki saingan Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, bulan depan.

Sebelum ke Hong Kong, anak buah Tan Cheng Hoe akan bertemu Sri Lanka di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 5 Oktober disusuli aksi menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada 10 Oktober.

Kategori