Pertandingan Ratu Cantik Bikini Tarik Perhatian Nenek

KEBANYAKAN peserta pertandingan ratu cantik adalah golongan remaja yang memiliki badan yang menjadi igauan ramai wanita.

Namun berbeza di China apabila wanita berusia juga boleh menayangkan badan mereka meskipun usia sudah mencecah 80 tahun dalam pertandingan ratu cantik bikini.

Pertandingan Ratu Cantik Bikini Tarik Perhatian Nenek

Pertandingan itu disertai oleh lebih 500 wanita yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia.

Tanpa mempedulikan usia mereka, wanita terbabit terutama yang sudah layak digelar nenek tidak malu untuk menunjukkan badan dengan memakai bikini.

Pertandingan Ratu Cantik Bikini Tarik Perhatian Nenek

Pelbagai jenis bikini diperagakan dan menurut penganjur, pertandingan ratu cantik seumpama itu menggalakkan sikap positif dalam menuju usia tua.

Ia merupakan pertandingan kali kedua dianjurkan oleh sebuah majlis tempatan. – MYNEWSHUB.CC