Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

WSJ Bertujuan Rosakkan Nama...

PUTRAJAYA - Tuduhan yang berulang, tidak berasas dan tidak terbukti oleh Wall Street...

Mengapa Perdana Menteri Membisu...

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang mempersoal sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Najib Kagum Keberanian Dr....

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak kagum dengan keberanian aktivis kemanusiaan...

Ubah Persepsi, Pelajar Vokasional...

KUALA NERUS - Masyarakat perlu mengubah persepsi terhadap pelajar lulusan teknikal dan vokasional...

Persatuan Tinju Amatur Johor Sasar 2 Emas Sukma 2020

JOHOR BAHRU – Persatuan Tinju Amatur Johor mensasarkan pungutan dua pingat emas dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) pada 2020.

Diadakan di negeri ini, sasaran itu kata Presidennya, Muhammad Farkhan Haron, boleh dicapai sekiranya atlet tinju di bawah persatuan berkenaan diberikan latihan kejohanan yang terbaik.

“Saya harap untuk 2020, atlet kita dapat fokus dengan sebaiknya untuk membawa pulang sekurang-kurangnya dua pingat emas.

“Tanggungjawab yang besar tetapi kalau tidak capai sasaran, saya akan letak jawatan, ini janji saya, “katanya ketika berucap dalam Majlis Pemberian Insentif dan Makan Malam persatuan berkenaan di sini, Isnin malam.

Turut hadir dalam majlis berkenaan, Penasihat Persatuan Tinju Amatur Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad dan Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Mohd Gadaffie Abd Aziz.

Lebih daripada 15 peninju amatur persatuan itu yang menyertai kejohanan SUKMA 2018 dan Kejohanan Remaja Kebangsaan lepas menerima insentif masing-masing pada majlis berkenaan.

Farkhan yang juga peninju profesional negara dan Juara Tinju Asia berkata pada kejohanan SUKMA yang lepas, seramai tiga daripada empat atlet persatuan itu meraih pingat iaitu masing-masing satu perak dan dua gangsa.


“Pada saya, perlu berbangga dengan semangat juang mereka. Kalau kita lihat negeri lain, pembangunan mereka memakan masa sehingga empat dan enam tahun untuk satu kejohanan SUKMA.

“Tetapi atlet kita, hanya berlatih untuk tujuh bulan dengan bantuan jurulatih dan sudah mampu hasilkan tiga pingat ini. Saya yakin akan ada banyak lagi kejayaan untuk 2020 dan sasaran kita tercapai,” katanya yang merupakan Pemegang tali pinggang Majlis Tinju Dunia (WBC) Asia Light Heavyweight dan Asian Boxing Federation (ABF) Cruiserweight Championship.

Tambahnya, selagi bersama persatuan, beliau akan memastikan setiap atlet mempunyai mempunyai masa depan yang cerah termasuk dalam bidang pelajaran bagi memastikan mereka tidak tercicir.

“Saya akan beri jaminan dan pastikan masa depan mereka cerah kerana kita juga dalam perancangan untuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan beberapa universiti awam untuk kita tempatkan atlet di sana,”katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • tinju

Kategori