Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ramadan: Umbut Batang Pisang...

BALING - Umbut batang pisang yang lazimnya digunakan untuk gulai kawah tulang atau...

Bacaan IPU Seakan Memberi...

SEBELUM artikel ini ditulis, kami ada memaparkan nilai Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini...

DAP Peralat PKR Untuk...

KOTA BHARU - PAS mendakwa DAP berjaya memperalatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk...

Penunggang Motosikal Maut Digilis...

KOTA KINABALU - Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis oleh sebuah lori di...

Persatuan Setuju Tak Naik Tambang Bas Tetapi…

JOHOR BAHRU – Pertubuhan Persatuan Bas Sekolah Semenanjung Malaysia sebulat suara bersetuju untuk tidak naik tambang perkhidmatan itu seperti digembar-gemburkan sebelum ini.

Bagaimanapun, persatuan itu meminta kerajaan memberi subsidi diesel dan petrol pada kadar yang sama seperti syarikat perkhidmatan bas komersial lain bagi mengelak ahlinya daripada terpaksa menanggung kerugian.

Pengerusinya, Ahmad Fauzi Murad, berkata pihaknya sedar dan memahami masalah dihadapi ibu bapa dan memberi jaminan tidak akan menaikkan harga tambang untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup mereka.

“Namun, kami (pengusaha bas sekolah) merayu pihak kerajaan memberikan beberapa bantuan seperti subsidi petrol dan diesel serta rebat RM10,000 ke atas pembelian bas baharu bagi mengurangkan beban kami pula.

“Pengendali bas Rapid KL misalnya diberi subsidi bahan api istimewa dengan belian diesel cuma RM1 seliter, nelayan pula RM1.20 seliter (diesel dan petrol) sedangkan kami RM1.88 seliter bagi diesel,” kata Ahmad Fauzi.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas tamat mesyuarat agung pertubuhan tersebut di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini hari ini.

Hadir sama ialah Setiausaha kepada Ahli Parlimen Pulai, Datuk Abd Rashid Kasman sebagai wakil Datuk Nur Jazlan Mohamed yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Ahmad Fauzi berkata, ramai pengusaha bas beralih menggunakan petrol kerana dikatakan lebih baik untuk alam sekitar, sedangkan pihaknya tidak mendapat sebarang subsidi untuk pembelian bahan bakar itu.


“Kami berharap kerajaan akan menimbangkan permintaan kami berkaitan subsidi bahan api dan perkenal semula rebat RM10,000 untuk pembelian bas baharu seperti diumumkan pada 2012 dan berkuat kuasa setahun kemudian.

“Menerusi rebat RM10,000 itu, pengusaha dapat jimat setiap kali tukar bas berusia 30 tahun ke atas sekali gus jimat penggunaan bahan api kerana bas baharu dan beri keselesaan serta keselamatan kepada semua pelajar,” katanya.

Sementara itu, Abd Rashid berterima kasih kepada Pertubuhan Persatuan Bas Sekolah Semenanjung Malaysia yang berjanji tidak menaikkan tambang dan berharap kerajaan dapat bantu mereka dengan beri subsidi diperlukan.

“Mereka sudah berjanji tidak akan menaikkan harga tambang dan sebagai kerajaan yang adil, kita perlu membantu mereka pula dalam mengurangkan kos operasi dengan memberikan subsidi bahan api kepada mereka.

“Ini kerana organisasi berkenaan sanggup mengekalkan tambang untuk membantu ibu bapa yang sebahagian besarnya kurang berkemampuan,” kata Abd. Rashid. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori