Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekas Timbalan Pengarah Kanan...

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali...

Pelajar Warga Yaman Lemas...

BESUT - Seorang warga Yaman yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok...

Kanak-Kanak Perempuan Tersepit Kepala...

JOHOR BAHRU - Tindakan seorang kanak-kanak perempuan yang memasukkan kepalanya ke dalam lubang...

10 Rakyat Tempatan Antara...

KOTA KINABALU - Seramai 22 lelaki termasuk 10 rakyat tempatan ditahan di Sabah...

Perpecahan Halang Misi Pulih Ekonomi

SEBAGAI rakyat Malaysia yang prihatin kita sepatutnya jangan terlalu banyak ‘condemn’.

Ekonomi negara perlahan bukan semata-mata permasalahan domestik. Ia isu global. Seluruh dunia mengalaminya.

Tidak perlu berulang kali diterangkan. Masyarakat dunia mengetahui angkara pandemik Covid-19.

Bank Dunia awal tahun ini malah telah pun merendahkan prospek ekonomi global.

Memberi bayangan keadaan semakin buruk sekiranya jangkitan Covid-19 bertambah.

Pandemik Covid-19 juga dikatakan bakal memburukkan risiko beban hutang negara membangun.

Ia akan menjejaskan usaha global untuk menghindari krisis baharu.

Dilaporkan lebih dari separuh negara mencatatkan penurunan dalam laporan separuh tahunan Prospek Ekonomi Global tahun lalu.

Kebanyakan negara mencari jalan untuk menanganinya dengan bantuan secara langsung.

Di peringkat serantau, Singapura tahun lalu mencatatkan penyusutan KDNK 12.6 peratus, Filipina 16.5 peratus dan Indonesia susut pada 5.3 peratus.

Sebab itu kebanyakan negara termasuk Malaysia mengalami masalah kewangan serta menghadapi defisit yang besar dalam belanjawan terbarunya.

Maka dalam keadaan ini sebagai rakyat yang patriotik adakah wajar kita terlebih merungut sedangkan ia bencana yang tidak diduga?

Sewajarnya kita bersama-sama cekal mengharungi waktu getir ini dengan penuh semangat dan persefahaman.

Tidak wajar kita hanya tahu menyalahkan itu ini sedangkan kita tidak berusaha lebih kreatif mendepaninya.

Jika peringkat mikro pertumbuhan ekonomi dapat diperbaiki, ia memberi kesan kepada kedudukan makro negara.

‘Vice versa’. Jika ekonomi makro berjaya dipulihkan, maka ekonomi mikro juga akan berlangsung dengan baik.


Kerana itu kerajaan sememangnya mendambakan segala perancangan dan strategi ekonomi kali ini yang paling berkesan dalam sejarahnya.

Harapan rakyat juga amat besar strategi yang dirangka itu benar-benar mampu memulihkan sosio hidup mereka.

Menyedari kedua-dua kewujudan kedua-dua elemen itu sepatutnya menjadi sinergi menggerakkan kebersamaan.

Bagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia kita bersyukur nisbah defisit KDNK Malaysia iaitu enam peratus antara terendah berbanding negara lain.

Sedangkan seluruh dunia menghadapi defisit besar malah negara pengeluar minyak pun menghadapi defisit.

Malah ada sesetengah negara mengalami defisit belanjawan mereka sekitar 10 peratus dan 15 peratus.

Masalah yang berpunca daripada krisis kesihatan terbesar yang pernah melanda dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed namun telah memberi jaminan.

Dengan apa jua situasi, kerajaan Malaysia tetap bekerja keras untuk memulihkan ekonomi negara.

Merangka pelbagai strategi seperti mewujudkan peluang pekerjaan dan memperkasakan perusahaan mikro.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz turut dilaporkan berkata, defisit fiskal Malaysia dijangka meningkat kepada 6.0 peratus tahun ini.

Ia merupakan peningkatan daripada unjuran awal 5.4 peratus susulan pelaksanaan pakej rangsangan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

Semoga apa yang dikatakan kedua-dua anggota Kabinet itu menjadi sebahagian realiti pada kisah “outbreak” pandemik Covid-19 di Malaysia. – Mynewshub.TV

Kategori