Perpaduan Semakin Rapuh Setahun PH Memerintah

KUALA LUMPUR – Walaupun sudah setahun Pakatan Harapan (PH) memerintah, namun rekod PH menangani keresahan kaum masih gagal. Ini menunjukkan prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak boleh dipandang ringan dari aspek perpaduan.

Ketua Biro Perpaduan Nasional Gerakan, H. Puvaniten berkata, beberapa insiden yang telah berlaku menunjukkan rakyat Malaysia berada di dalam keadaan resah serta menuntut tindakan yang wajar daripada kerajaan PH.

Kerajaan PH, katanya, gagal merangka tindakan adhoc apabila berlaku sesuatu insiden yang mana PH gagal menangani keresahan kaum dari aspek komunikasi dengan rakyat.

Puvaniten berkata, Menteri PH tidak pandai untuk berkomunikasi dengan rakyat apabila timbul sesuatu peristiwa.

“Mereka tidak hadir langsung malah gagal mewakili sesuatu kaum apabila berlaku incident cetusan kaum seperti rusuhan kuil,” katanya di sini, hari ini.

Kata Puvaniten, perkara itu penting supaya kerajaan dapat menjalankan pentadbiran secara licin dan tersusun tanpa diganggu isu-isu perpaduan yang boleh merencatkan pembangunan.

“Kerajaan tidak peka kepada keperluan masyarakat hari ini. Mereka perlu kurangkan perkara yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat tidak kira sama ada Melayu, Cina atau India. Sama ada mereka lambat respond atau langsung tidak ada komen,” katanya.

Jika kerajaan dapat tangani perkara ini, katanya, mungkin untuk menjalankan tadbir urus negara itu lebih senang, contohnya, masyarakat Melayu yang tidak berpuas hati dengan kerajaan berasa tidak yakin dengan kebolehan PH untuk mempertahankan hak serta keistimewaan orang Melayu serta agama Islam.

“Orang India pula berfikir pelantikan empat menteri dari kaum India setakat boneka sahaja. Apabila berlaku insiden menghina agama Hindu, isu pelajar terpinggir matrikulasi, mereka gagal menyuarakan hak-hak orang India.

“Maka, hasilannya, ramai berbincang diskusi sesama kaum yang menjadikan hujahan melepasi batasan kaum dan menjadi polemik agama,” katanya.

Puvaniten berkata, perpaduan negara menjadi teruk di bawah pimpinan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy dan hari ini semua dah jadi masalah bangsa.

“Dulu tidak banyak orang kata pada agama dan bangsa kita. Apabila seorang meninggal dunia jadi masalah etnik, jadi masalah kaum kerana Pakatan Harapan tak berjaya jaga perpaduan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Tambahnya, menteri PH sering mencetuskan kemarahan baik dalam kalangan pelbagai etnik dan keadaan itu sekali gus menyebabkan tiada siapa yang meyakinkan untuk membawa perpaduan dalam kalangan rakyat.

Puvaniten tekankan bahawa keadaan ini dikhuatiri boleh menghakis semangat perpaduan yang terbentuk sejak negara merdeka, lebih 60 tahun lalu.

“Soal sensitif sama ada berkaitan kaum dan agama di negara ini sering diketengahkan pihak tertentu termasuk menteri sendiri. Perkara ini disambut media massa dan media baharu yang menimbulkan perasaan kurang senang yang mana perkara ini boleh menggugat perpaduan kaum,” katanya.

Loading...