Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Manifesto BN Perak Garis...

IPOH – Barisan Nasional (BN) Perak hari ini melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya...

Anggota Polis Ditahan Mayat...

BATU PAHAT - Seorang anggota polis ditahan selepas mayat seorang lelaki ditemukan ditanam...

PRK Kuala Kangsar: Paraglider...

KUALA KANGSAR - Polis menerima laporan mengenai dua orang paraglider yang berlegar-legar di...

Padah Tunjuk Kemaluan, Beronani...

TINDAKAN seorang lelaki menunjukkan kemaluan dan melakukan onani di hadapan seorang gadis akhirnya...

Perodua Sumbang RM1.1 Juta Kepada Tabung Harapan

KUALA LUMPUR – Komuniti Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), merangkumi kumpulan syarikat organisasi dan kakitangannya, menyumbang RM1.1 juta kepada Tabung Harapan Malaysia sebagai menyokong usaha kerajaan dalam mengurangkan jumlah hutang negara.

Pengerusinya, Tan Sri Asmat Kamaludin, menyampaikan sumbangan itu kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng di pejabatnya hari ini, menurut Perodua dalam satu kenyataan.

“Sumbangan ini membuktikan Perodua dan kakitangannya mahukan Malaysia yang lebih baik dan berbesar hati menunjukkan tanda sokongan kami,” kata Asmat.

Tabung Harapan Malaysia dilancarkan kerajaan Pakatan Harapan pada 30 Mei lalu untuk membantu kerajaan membayar balik jumlah hutang negara yang melebihi RM1 trilion, menurut Kementerian Kewangan.

Pelbagai organisasi, kumpulan dan individu menyumbang lebih daripada RM180 juta kepada Tabung Harapan Malaysia sehingga akhir Ogos.

“Kami memahami usaha mengurangkan jumlah hutang negara akan mengambil masa yang lama, dan kami akan menyokong kerajaan masa kini dalam usaha membaik pulih semula ekonomi negara melalui eko-sistem automotif negara,” kata Asmat.


Tahun ini, Perodua memperuntukkan RM5 bilion untuk membeli komponen kenderaan daripada pembekalnya yang kebanyakannya adalah syarikat tempatan.

Perodua juga mensasarkan penjualan 209,000 unit kenderaan tahun ini yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada pengedar bebas di seluruh negara. – BERNAMA

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Kategori