Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gimnastik, Gimrama Bukan Sukan...

KUALA LUMPUR - Takrifan 'ghairah' tidak pernah wujud dalam sukan gimnastik dan gimrama...

2 Lelaki Menyamar Polis...

IPOH - Polis menahan dua lelaki di Kampung Raja, Cameron Highlands, malam tadi...

Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak...

KUALA LUMPUR – Hospital Wanita dan Kanak-Kanak yang baharu di Hospital Kuala Lumpur...

Makin Ramai Terima Hidayah...

BANDAR SERI BEGAWAN - Ketika ketua kerajaan negara jirannya merungut konon sekolah rendah...

Perodua Lakar Pencapaian Besar 500,000 EEV

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melakar pencapaian besar apabila lebih 500,000 kenderaan cekap tenaga (EEV) telah dikeluarkan dan dijual di Malaysia, sekali gus mengukuhkan lagi statusnya sebagai syarikat EEV utama negara.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata perjalanan EEV Perodua bermula pada 2014 dengan Axia, EEV pertama negara, diikuti pelancaran EEV sedan pertama dan Myvi baharu.

“Sejak kedua-dua pelancaran itu, 342,600 Axia, 130,800 Bezza dan 75,800 Myvi baharu telah dijual di Malaysia setakat ini,” katanya.

Aminar berkata kesederhanaan kenderaan Perodua telah menyumbang kepada kos penggunaan yang amat rendah di samping menepati aspirasi kerajaan ke arah persekitaran Malaysia yang lebih bersih dan hijau, serta aliran global bagi kenderaan yang lebih cekap bahan api. – BERNAMA

Kategori