Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kematian COVID-19 Global 73,139...

PARIS - Korban COVID-19 global meningkat kepada 73,139 kematian, menurut satu laporan yang...

Ahli PAS Diminta Jaga...

KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad mengingatkan ahli parti...

Gosip Wak Doyok Bercinta...

KHABARNYA selebriti fashionista yang juga digelar sebagai ikon fesyen lelaki, Wak Doyok dikatakan...

Berat Badan Naik 10...

ACARA gimik yang menampilkan kemunculan Ella bersama 110 pemuzik dalam rangka promosi konsertnya di...

Pernah Diugut, Fathia Latiff ‘Pasang’ Bodyguard?

NAMA pelakon kontroversi, Nur Fathia Abdul Latiff sekali menjadi bualan hangat peminat industri hiburan tanah air baru-baru ini.

Ia melibatkan khabar mengenai penularan sekeping foto menyaksikan aktress berkenaan diapit oleh dua orang lelaki berwajah agak serius di sisinya seperti memberi bayangan bahawa Fathia kini mempunyai pengawal peribadi.

Menerusi gambar berkenaan, Fathia yang dilihat manis mengenakan busana berona pink itu mengucapkan terima kasih di atas jasa baik yang dihulurkan oleh kedua-dua lelaki berkenaan.

“Terima kasih di atas kebaikan anda!” tulisnya menerusi gambar yang mendapat lebih daripada 24,000 likes itu.

Bagaimanapun, hasil tinjauan Mynewshub menerusi perkongsian berkenaan mendapati identiti kedua-dua individu berkenaan tidak pula didedahkan oleh Fathia.

Sementara itu, perkongsian yang tular itu mendapat perhatian dan rata-rata netizen beranggapan pelakon itu kini sudah mempunyai ‘bodyguard’ yang akan setia menemani ketika berada di tempat awam.


Sebelum ini, Fathia pernah mengadu bahawa dia telah diugut oleh seorang lelaki botak yang mahu mencederakan dirinya tanpa sebarang sebab yang diketahui.

Ekoran bimbang akan keselamatan diri, Fathia ada mengemukakan hasrat untuk memiliki bodyguard bagi menjaga keselamatan diri terutama sekali ketika keberadaannya di tempat awam.

“Saya perlu pengawal peribadi!” tulisnya memetik tweet yang dimuat naik pada 9 Disember lalu.

Wahh… Agak-agaknya siapa gerangan lelaki yang berada di sisi Fathia tu? Betul ke, bodyguard? Ke peminat jerrr? – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori