Permohonan Tangguh, Hukuman Najib Hari Ini Ditolak

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan rayuan bagi meringankan hukumannya yang disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan bahawa pihak pembelaan perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian.

“Alasan pembelaan bahawa mereka memerlukan masa untuk melihat latar belakang kes yang saya sabitkan kepada Najib tidak boleh diterima,” katanya.

Oleh itu beliau memutuskan rayuan meringankan hukuman diteruskan sekarang.

Hukuman terhadap Najib akan dijatuhkan hari ini.

Tengah hari tadi, bekas Perdana Menteri itu sebelum disabitkan bersalah menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. 

Najib didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan. – myMetro Online

Loading...