Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penunjuk Perasaan ‘Bergasak’ Dengan...

HONG KONG - Penunjuk perasaan prodemokrasi bergasak dengan polis dalam kejadian terbaru di...

Bekas Tapak Pelupusan Sampah...

SEREMBAN - Bekas tapak pelupusan sampah di Kampung Wong Sin Chow, Sikamat dekat...

Tanah Runtuh Bukit Kukus:...

KUALA LUMPUR - Tindakan tegas akan dikenakan ke atas pihak pemaju dan kontraktor...

Motosikal Ciptaan UNIMAP Bakal...

KANGAR - Tidak lama lagi, rakyat Malaysia akan melihat jenama Seri Perlis (SP)...

Permintaan Produk Keluaran FGV Meningkat

JERANTUT – Permintaan produk keluaran Felda Global Ventures (FGV) Holding Berhad dijangka terus meningkat menerusi Kempen Beli Produk Muslim. 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, kempen yang mendapat sambutan hebat di kalangan umat Islam itu memberi kesan positif terhadap pasaran produk FGV.

“Kempen ini sebenarnya sudah lama dijalankan namun umat Islam semakin sedar mengenai kepentingan untuk meningkatkan ekonomi peniaga muslim.

“Produk-produk keluaran anak syarikat FGV iaitu Delima Oil Products Sdn. Bhd. terutama minyak masak dan susu jenama Saji semakin laris di pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Bekas Tentera Malaysia Jerantut Berhad kali keenam di sini hari ini.

Menurutnya, sambutan luar biasa terhadap produk FGV menyebabkan peniaga terutama di pasar raya terpaksa menambah stok dalam masa yang singkat.

“Saya difahamkan ada sesetengah pasar raya dan kedai di negeri ini cepat kehabisan stok malah tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan,” ujarnya. 


Tambahnya, produk lain yang turut mendapat sambutan termasuk Saji Mee, majerin Pelangi, mentega kacang Sunbear dan mayonis Saji Mayo. 

“Saya harap masyarakat Islam terutamanya terus menjadikan produk FGV sebagai pilihan mereka dan kempen ini tidak dilakukan secara bermusim,” jelasnya. 

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, pihak pengurusan koperasi perlu lebih bijak mencari peluang untuk menjana pendapatan. 

“Mereka perlu menguruskan koperasi dengan baik dan menambah pendapatan bagi membolehkan agihan dividen kepada ahli dilakukan setiap tahun,” kata beliau. – K! ONLINE

Kategori