Permaisuri Agong Terima Selempang Pandu Puteri

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima selempang penaung diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM).

Selempang itu dipersembahkan kepada baginda oleh Timbalan Yang Dipertua PPPM, Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah pada Majlis Menghadap dan Mempersembahkan Selempang Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri di Istana Negara.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya PPPM, Datuk Jeyadhevi Subramaniam.

Tunku Hajah Azizah menggantikan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang sebelum ini Penaung Diraja persatuan itu. – BERNAMA