Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Biar Betul… Indonesia...

SEJAK beberapa hari lalu, media sosial Indonesia heboh memperkatakan mengenai kehadiran buih putih...

Reman Suspek Bunuh, Kerat...

PARIT BUNTAR – Perintah reman ke atas lelaki yang terlibat kes bunuh dan...

TH Tidak Bertanggungjawab Uruskan...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) tidak bertanggungjawab menguruskan visa Furada kerana...

Intipati Perutusan Khas Perdana...

Kadar pengangguran di Malaysia pada paras 3.9 peratus

PERMAI: Kerajaan Salur RM200 Juta Bantu Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan awal sebanyak RM200 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan juga menyalurkan RM50 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi perbelanjaan operasi bencana.

“Saya mengarahkan agensi kerajaan berkaitan untuk menyegerakan segala bentuk bantuan bagi membaik pulih kerosakan infrastruktur kecil, rumah mangsa banjir serta membantu meringankan beban rakyat akibat bencana alam itu, baru-baru ini.

“Di kesempatan ini, patik amat menjunjung kasih atas keprihatinan dan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kerana turut mencemar duli dalam meredah banjir serta terbabit misi bantuan kepada mangsa banjir di pusat penempatan sementara termasuk kampung sekitar Pahang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pengumuman Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen, hari ini.


Muhyiddin turut merakam penghargaan kepada semua pihak termasuk korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan yang membantu menangani wabak Covid-19 serta bencana banjir.

“Buat seluruh rakyat Malaysia, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kerana memahami dan menyokong usaha kerajaan.

“Saya berharap saudara saudari dapat terus kekal tenang di rumah dan jika ada yang perlu hadir bertugas di pejabat, patuhilah SOP (prosedur operasi standard) agar kekal selamat,” katanya. – myMetro Online

Kategori