Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jokowi Cadang Palangkaraya Ibu...

JAKARTA - Pemerintah Indonesia bercadang memindahkan pusat pentadbirannya ke Palangkaraya sebagai usaha mengatasi...

UMNO, PAS Bersatu Di...

GOMBAK - UMNO berkata parti Melayu itu dan PAS menunjukkan kerjasama yang kukuh...

4 Kereta Keluarga Pegawai...

PUTRAJAYA - Empat kenderaan milik keluarga seorang pegawai kanan Kastam terbakar di hadapan...

Fenomena Gerhana Bulan Penuh...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh pada 4...

Perlu Tangguh 2 Minggu Aktiviti Parlimen – KKM

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan mencadangkan semua sesi mesyuarat termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Pilihan Khas Parlimen serta pembentangan yang dirancang di Parlimen ditangguhkan sementara waktu untuk tempoh dua minggu bermula Khamis lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, cadangan itu susulan hasil penilaian risiko dengan mengambil kira faktor epidemiologi dan persekitaran, didapati sidang Parlimen merupakan satu perhimpunan yang berisiko tinggi walaupun jumlah kes positif yang dikesan semasa sidang lalu adalah 0.8 peratus.

Bagi faktor epidemiologi katanya, terdapat enam kes iaitu satu kes pertama dan lima kes pengesahan lanjut melalui RT PCR dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi (CT value yang rendah) dan bergejala yang memberi risiko berlaku penularan jangkitan dan berpotensi menjadi superspreader dengan kebolehjangkitan adalah tinggi dua hari sebelum gejala dan berterusan sehingga hari ke tujuh.

“Malah, pergerakan kes di sekitar kawasan Parlimen yang berkemungkinan boleh menyebabkan pendedahan kepada individu lain manakala ramai dalam kalangan yang hadir ke Parlimen dikategorikan sebagai warga emas dan kemungkinan mempunyai faktor komorbid yang meningkatkan risiko jangkitan manakala ramai yang hadir di Parlimen masih belum mendapat vaksinasi Covid-19 yang lengkap.

“Faktor persekitaran Parlimen pula didapati dewan Parlimen yang bertutup meningkatkan risiko penularan jangkitan memandangkan virus SARS-CoV-2 tersebar atau menular melalui udara dan boleh kekal dalam persekitaran selama beberapa jam seperti yang dilaporkan melalui New England Journal of Medicine, WHO, CDC Atlanta manakala tempoh berada dalam dewan dan sekitar Parlimen yang panjang memberi risiko pendedahan berulang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Noor Hisham berkata, selain itu, perkongsian kemudahan asas seperti tandas, surau, kafe dan sebagainya oleh ramai individu termasuk kes boleh menjadi punca penularan manakala penjarakan fizikal dalam dewan kurang dari satu meter antara satu sama lain walaupun terdapat penghadang meja dan berlakunya perkumpulan kecil yang kerap di dalam dan di luar dewan.

“Susulan cadangan penangguhan ini, penilaian risiko kejadian jangkitan Covid-19 di Parlimen akan dinilai semula dari semasa ke semasa maka semua sesi mesyuarat termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Pilihan Khas Parlimen serta pembentangan yang dirancang di Parlimen atau yang melibatkan individu yang berada di Parlimen pada 26 Julai sehingga 29 Julai ditangguhkan sementara waktu untuk tempoh dua minggu bermula dari 29 Julai,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, perkara itu sebenarnya sudah dibentangkan terlebih dahulu pada 26 Julai lalu oleh Ketua Pengarah Kesihatan dalam Mesyuarat Penyelarasan Bagi Urusan Berkaitan Mesyuarat Khas Bagi Dewan Rakyat berikutan Penularan Wabak Covid-19 di Parlimen.


Katanya, mesyuarat dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kanan Luar Negeri yang mengetuai Kluster Keselamatan, Menteri Parlimen dan Undang-Undang, Speaker dan Timbalan-Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan ketua atau wakil kanan parti-parti politik dari pihak kerajaan dan pembangkang.

“Mereka telah dimaklumkan hasil saringan pra-persidangan, risiko penularan jangkitan serta kekhuatiran pihak Kementerian Kesihatan dan atas faktor itu, dua cadangan dibentangkan iaitu Sidang Khas Parlimen ditangguhkan sehingga status liputan imunisasi sekurang-kurangnya 40 peratus terutama di Lembah Klang selepas mengambil kira peningkatan kes positif seluruh Malaysia terutama di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

“Selain itu, sekiranya Sidang Khas Parlimen diteruskan, jumlah kehadiran secara fizikal di Parlimen dikurangkan dan tempoh persidangan dipendekkan bagi mengurangkan tempoh pendedahan dengan cadangan Sidang Parlimen hendaklah dihentikan serta-merta sekiranya terdapat kes positif dikesan bagi mencegah berlakunya risiko penularan jangkitan dalam kalangan individu yang hadir di Parlimen,” katanya.

Kelmarin, ahli-ahli Parlimen menerima surat daripada Setiausaha Dewan Rakyat yang memaklumkan penangguhan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Penangguhan itu dibuat selaras cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang mendapati Parlimen merupakan lokaliti berisiko bagi penularan jangkitan Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Kategori