Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sirul Azhar Hanya Mahu...

KUALA LUMPUR - Sirul Azhar Umar hanya mahu menumpukan kepada permohonan untuk dia...

Restoran Saji Makanan Percuma...

PELBAGAI taktik digunakan oleh pengusaha-pengusaha restoran di China untuk melariskan lagi premis perniagaan...

PDRM Kaji Kelemahan Pemohonan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengumpul maklumat dan membuat analisis...

Urusniaga Tanah GLC Kini...

KUALA LUMPUR - Semua urusniaga tanah melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerajaan Persekutuan...

Perlu Ada Dasar Pantau Pusat Jaga Ibu Bayi Berpantang

JOHOR BAHRU – Kerajaan persekutuan diharap dapat mengubal satu dasar mengenai perkhidmatan pusat penjagaan ibu dan bayi ketika berpantang, secepat mungkin bagi membolehkan pusat tersebut dipantau dengan baik.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Pelancongan Wanita Johor, Liow Cai Tung berkata perkhidmatan itu kerap ditawarkan secara persendirian oleh pihak swasta tetapi pada masa ini ia agak sukar dipantau mana-mana pihak kerana ketiadaan satu polisi (dasar) yang sesuai.

Katanya, di Johor telah dilaporkan dua kes kematian bayi yang baru dilahirkan di pusat berkaitan dan sesuatu perlu dilakukan bagi mengelakkan perkara itu berlaku di masa hadapan.

“Jadi saya berharap dasar dapat dilaksanakan supaya kita dapat pantau. Saya telah suarakan hasrat mengenai keperluan dasar itu kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh Tseow Suan,” katanya selepas majlis perasmian aplikasi telefon bimbit baru “10 MOM” khusus untuk perkhidmatan berpantang, pendidikan pasca-bersalin, e-dagang, dan penyatuan maklumat di sini hari ini.

Cai Tung berkata di peringkat kerajaan negeri, pihaknya hanya boleh mengadakan perbincangan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menentukan sama ada akan mengeluar, menetap mahu pun melaksanakan lesen terhadap premis-premis ini.


“Tetapi dari peringkat persekutuan memang perlu satu dasar,” katanya.

Katanya aplikasi yang dibangunkan 10 MOM Sdn Bhd itu, bertindak sebagai platform dan saluran maklumat mengenai perkhidmatan berpantang selain menawarkan peluang pekerjaan kepada warga tempatan yang tamat kursus Diploma Profesional dalam Program Penjagaan Pasca-Bersalin yang ditawarkan Kolej Universiti Selatan (Southern UC). – BERNAMA

Kategori