Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pencemaran Bauksit Salah Kerabat...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan sama ada kerabat diraja Pahang...

Anwar Serah Kepada Polis...

PETALING JAYA - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada pihak polis...

Raja Jordan Ketuai Skuadron...

AMMAN — Seumpama filem Independence Day, kematian tragis Leftenan Muath Safi Yousef al-Kasasbeh membuat...

Bangkai Utama Pesawat AirAsia...

BADAN utama atau fiuslaj pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 telah pun ditemui oleh kapal Singapura...

Perlembagaan Tidak Halang Bukan Melayu Jadi PM – DAP

KUALA LUMPUR – DAP menegaskan bahawa parti itu akan memilih Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kaum Melayu sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Harapan berjaya merampas pemerintahan negara ini.

Parti itu bagaimanapun menjelaskan Anwar dipilih bukan kerana beliau seorang Melayu, sebaliknya kerana bekas Ketua Pembangkang yang dihukum penjara atas kesalahan meliwat lelaki lain itu kononnya layak memegang jawatan tersebut.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari turut mengingatkan semua pihak bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang mana-mana rakyat Malaysia (termasuk bukan Melayu) untuk memegang jawatan Perdana Menteri.

Beliau mendakwa DAP bagaimanapun kononnya memahami fabrik sejarah dan sosio-politik negara Malaysia, maka adalah naïf untuk parti itu mengidamkan jawatan Perdana Menteri di negara ini.

“DAP komited terhadap pembaharuan sistem dan bukan hanya mengejar jawatan-jawatan tertentu.

“Apa yang lebih bermanfaat kepada rakyat bukan sekadar penentuan Perdana Menteri tetapi reformasi keseluruhan struktur dan sistem politik negara,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Kenyataan Zairil Khir itu secara tidak langsung membayangkan DAP tidak bimbang kaum mana yang akan menjadi Perdana Menteri andai Pakatan Harapan memerintah kerana Perdana Menteri pilihan mereka akan mematuhi setiap sistem yang ditetapkan DAP untuk Malaysia.

Zairil Khir dalam pada itu mengingatkan UMNO bahawa orang Melayu tahun 2017 sudah tidak peduli mengenai retorik bukan Melayu menjadi Perdana Menteri lagi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori