Perlembagaan Persekutuan Halang PH Tunai Manifesto

KUALA LUMPUR – Hasrat Pakatan Harapan (PH) untuk menunaikan janji-janji dalam manifesto terhalang oleh peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, terdapat undang-undang yang tidak baik diguna pakai dalam negara ini dan PH berhasrat untuk menggantikannya dengan yang lebih baik.

Namun, Perlembagaan Persekutuan menetapkan kerajaan perlu mendapat sokongan dua pertiga ahli Parlimen untuk meluluskan undang-undang baharu dan ia menghalang usaha kerajaan untuk melakukannya.

“Undang-undang baharu memerlukan majoriti dua pertiga untuk diluluskan. Memandangkan kami menang majoriti mudah, kami tidak mendapat majoriti untuk pengenalan undang-undang baharu.

“Kami terhalang dengan Perlembagaan Persekutuan untuk memenuhi manifesto PH. Namun rakyat tidak sabar dan kini kami dikritik kerana tidak penuhi janji,” katanya seperti dipetik portal Malaysia Gazzette di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Persidangan Perlembagaan dan Peraturan Undang-Undang LawAsia 2019 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Loading...