Perlekeh Ex Suaminya, Avril ‘Sekolahkan’ Mark Zuckerberg

PENYANYI Avril Lavigne menyifatkan video yang dirakam pengasas Facebook, Mark Zuckerberg baru-baru ini telah ‘memperkecilkan’ bakat band yang dianggotai bekas suaminya, Chad Kroeger yang merupakan vokalis dan gitaris kumpulan Nickelback.

Menurut Avril, video memaparkan aplikasi robot yang diusahakan Mark iaitu Jarvis seolah-olah membuli bila mana mengatakan lagu-lagu dari Nickelback tidak ada satu pun yang bagus untuk diputarkan.

Dalam video itu, Mark bertanyakan kepada ‘robot’ tersebut untuk memutarkan mana-mana lagu Nickelback namun balasan dari ‘robot’ yang menggunakan suara aktor Morgan Freeman itu membalas, “Saya minta maaf, saya tak dapat mainkan lagu Nickelback sebab tiada satu pun lagu dia yang bagus.”

Susulan itu, Avril menulis satu kenyataan di laman mikro Twitter bagi tujuan ‘menyekolahkan’ Mark yang dilihat sengaja memainkan sentimen buli buat band bekas suaminya itu.

Dalam statusnya itu, Avril meminta Mark lebih berhati-hati dalam perbuatannnya memandangkan dia merupakan seorang yang berpengaruh di dunia.

Jika Mark menyebarkan unsur negatif seperti contoh buli, ia dikhuatiri bakal menjadi ikutan di kalangan generasi masa kini.

Mengakhiri kenyataan itu, Avril turut meletakkan hashtag berbunyi, #SayNoToBullying #TheJokeIsOld #NickelbackHasSoldOver50MillionAlbums.MYNEWSHUB.CC

Perlekeh Ex Suaminya, Avril 'Sekolahkan' Mark Zuckerberg

Loading...