Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

27 Warga Asing Ditahan...

GEORGE TOWN - Sebanyak 27 warga asing daripada pelbagai negara ditahan dalam Op...

Nenek 79 Tahun Ditahan,...

SEORANG nenek berusia 79 tahun menjadi antara pesalah laku paling tua pernah ditahan...

72 Maut Akibat Lemas...

MANILA: Sekurang-kurangnya 72 orang maut akibat lemas di Filipina sejak awal bulan ini,...

Dakwaan Bina Sebuah Bilik...

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin kononnya...

Perlawanan JDT-PJ City Ditunda Akibat Virus Influenza – MFL

KUALA LUMPUR – Perlawanan Liga Super di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Petaling Jaya (PJ) City FC yang dijadual di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin pada malam esok (10 Julai) ditunda ke 16 Julai selepas pemain skuad Harimau Selatan itu dijangkiti virus influenza.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan media memaklumkan keputusan itu dibuat atas faktor masalah keselamatan, kesihatan dan kesukanan selepas menerima permohonan penundaan perlawanan yang beserta laporan penuh doktor perubatan daripada JDT, hari ini.

Semalam, Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards berkata, 17 pemain termasuk 10 pemain skuad JDT dan beberapa jurulatih serta kakitangan kelab itu dijangkiti virus influenza.

MFL berkata, keputusan itu dibuat kerana situasi itu bukan sahaja memberikan risiko tinggi kepada pasukan lawan (PJ City), malah bimbang orang ramai juga terdedah kepada jangkitan jika perlawanan itu diteruskan.

“Selepas penelitian itu, MFL bersetuju untuk tidak meneruskan perlawanan disebabkan bimbang virus influenza iaitu sejenis penyakit berjangkit melalui saluran pernafasan disebabkan sesuatu virus, akan memberi impak negatif kepada persekitaran perlawanan jika aksi itu diteruskan.

“Sehubungan itu, MFL membuat keputusan untuk menunda perlawanan itu ke tarikh baharu iaitu pada 16 Julai ini. Keputusan ini diterima dan disokong oleh kedua-dua pasukan,” menurut kenyataan itu.

MFL berkata, pasukan Kuala Lumpur juga bersetuju untuk meminda tarikh perlawanan dengan JDT pada 14 Julai ini kepada 13 Julai, bagi membolehkan skuad Harimau Selatan mempunyai tempoh rehat dua hari sebelum perlawanan menentang PJ City FC atas semangat kesukanan.


Sebagai rekod, sebelum ini Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Jun 2014 telah menunda perlawanan Liga Premier membabitkan pasukan Perlis dan UiTM FC selepas 14 pemain Perlis diserang cirit-birit.

Sementara itu, Setiausaha Agung PJ City FC, S. Ganesh dalam kenyataan yang sama berkata, pasukan itu telah dimaklumkan mengenai situasi itu dengan jelas dan menyokong keputusan penundaan perlawanan itu, yang dilihat tepat sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak penularan penyakit itu terus merebak.

“Jika dilihat laporan kes kesihatan yang melanda beberapa pemain JDT, memang kita tidak boleh ambil mudah dan kami pun ingin ambil langkah berjaga-jaga juga sebab risau pemain lain boleh terkena jangkitan.

“Apa-apa pun saya harap keadaan akan kembali pulih dan ketika ini lebih elok kita mengutamakan tahap kesihatan barisan pemain baik pihak lawan dan pasukan sendiri,” katanya.

Kategori