Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Isteri Musa Hassan Nafi...

SHAH ALAM : Isteri bekas Ketua Polis Negara, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul...

PM Mahu MIC Piih...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu MIC menyenaraikan calon...

Lebih 800 Ahli Bersatu...

KANGAR : Lebih 800 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) cawangan Kampung Hujung...

Jenazah Allahyarham Adenan Dibawa...

KUCHING - Jenazah Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dibawa meninggalkan...

Dihukum Gantung Sebab Perkosa, Bunuh Budak

SEORANG lelaki yang disabitkan kesalahan merogol dan membunuh kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun akhirnya dikenakan hukuman mati oleh pihak berkuasa Pakistan.

Mohammad Imran, didakwa membunuh Zainab Ansari, 7, dan tujuh lagi kanak-kanak lain di negara itu.

Dia menerima hukuman berkenaan pada Rabu di sebuah penjara di timur Lahore.

“Imran menerima hukuman gantung sebelum subuh dan hukuman itu dijalankan oleh majistret dan doktor,” ujar seorang polis tempatan.

Malah,hukuman itu dikatakan berlangsung sambil disaksikan bapa Zainab, Mohammed Amin Ansari.

Mahkamah Tinggi Pakistan sebelum ini menolak permohonan untuk melakukan hukuman itu secara terbuka.


Kes kematian tragis Zainab menerima perhatian global dan mencetuskan kemarahan awam.

Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, sekurang-kurangnya 13 kanak-kanak telah dibunuh dan dirogol yang mana lapan daripadanya merupakan mangsa kepada Imran. – NPR.ORG./mStar Online

Kategori