Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Margot Robbie Pegang Watak...

NEW YORK - Aktres Australia, Margot Robbie akan memegang watak anak patung ikonik...

Shukry Disingkir Jawatan Pengerusi...

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan hari ini mengumumkan penyingkiran Tan Sri Shukry...

Ibunya Marah Kacau Privasi,...

GEORGE TOWN - Ramai geleng kepala. Ini bukan sekali, dua kali tetapi sudah...

2 Pelajar Tingkatan 3...

KUALA LUMPUR - Dua pelajar tingkatan tiga dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang dekat...

Perkhidmatan OBike Jadi ‘Mangsa’ Vandalisme

DALAM kesibukan kota yang tidak boleh ‘lari’ daripada masalah kesesakan lalu lintas, idea untuk perkhidmatan basikal sewa OBike nampaknya mampu menjadi jalan penyelesaian untuk isu tersebut.

Mula diperkenalkan oleh sepasang suami isteri dari Singapura, aplikasi OBike kini boleh didapati di bandar-bandar besar seluruh dunia seperti Melbourne, Taipei, Bangkok dan tidak ketinggalan, di Kuala Lumpur.

Sejak mula dilancarkan sekitar April lalu, perkhidmatan ini dilihat terbukti mendapat sambutan menggalakkan sehingga meraih lebih daripada 200,000 pengguna dari seluruh Malaysia.

Gambar Sekadar Hiasan

Memetik beberapa sumber, Mynewshub difahamkan OBike merupakan satu platform perkongsian basikal tanpa stesen yang pertama di Malaysia.

Tanpa stesen disini bermaksud, ia boleh ditinggalkan di mana-mana lokasi tetapi basikal tersebut perlulah dikunci dan diletakkan di kawasan awam.

Gambar Sekadar Hiasan

Bagaimanapun, sayangnya tidak semua orang bijak menggunakan kemudahan yang telah disediakan ini.

Tular di media sosial gambar menunjukkan beberapa buah OBike ‘dipulangkan’ di tempat yang tidak sepatutnya.

Menerusi perkongsian tersebut, beberapa buah OBike dilihat diletakkan di dalam longkang yang penuh dengan sampah dan daun-daun kering.

Apa lagi kejam, longkang berkenaan turut dilihat dipenuhi dengan air kotor yang berwarna kehitam-hitaman.


“Segelintir rakyat negara kita masih bermentaliti kelas bawahan. Jahanam OBike dia campak merata. Lokasi di sekitar Jalan Ampang, KL,” tulisnya menerusi perkongsian tersebut.

Posting tersebut telah dikongsi oleh akaun Twitter crimebuster yang dikenali sebagai MyWatch itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata daripada netizen dilihat meninggalkan komen negatif malah ada juga yang mengutuk tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Alahai… Orang dah bagi kemudahan, dirosakkan pulak. Di mana letak akalmu wahai pengguna? Dah guna tu, bertanggungjawab lah sikit der… – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori