Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Kenali 3 Syarikat ‘Hantu’...

MISTERI tiga syarikat yang pernah bersaing dengan Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) konon...

SPR Tanggal Poster, Kain...

BUTTERWORTH - Pasukan pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Ramai Hadir Kuliah Nik...

KUALA LUMPUR - "Tok Guru Nik Aziz (bekas Murysidul Am PAS, Allahyarham Datuk...

Pengendali Kren Tidak Kompeten...

KUALA LUMPUR - Pengendali kren tidak kompeten antara faktor yang dilihat menyumbang kepada...

Perkhidmatan Grab Kurang, Pengguna Hadapi Kesukaran

KUALA LUMPUR – Ramai pengguna perkhidmatan e-hailing terpaksa mencari pengangkutan alternatif hari ini, apabila terpaksa menunggu lebih sejam untuk mendapatkan perkhidmatan itu.

Ia berikutan pelaksanaan peraturan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) dalam perkhidmatan e-hailing yang berkuat kuasa hari ini.

Ramai pengguna terpaksa beralih kepada perkhidmatan lain seperti teksi, bas dan pengangkutan tren selepas terpaksa menunggu lama.

Pengumuman Menteri Pengangkutan Anthony Loke petang ini bahawa peraturan tersebut akan ditangguhkan tiga bulan lagi telah melegakan para pengguna.

Loke berkata keputusan itu diambil berikutan ramai pemandu e-hailing sedang menjalani proses mendapatkan PSV dan Permit Kenderaan E-hailing (eVP).

Peraturan baharu itu juga memberikan kadar komisen yang lebih tinggi terhadap pemandu e-hailing iaitu sehingga maksimum 20 peratus, dan pemandu teksi yang beroperasi melalui aplikasi e-hailing pada kadar maksimum 10 peratus.

Meskipun Grab menerusi laman webnya pada Khamis telah memberi peringatan mengenai akan wujudnya kekurangan perkhidmatan pemandunya, tinjauan Bernama di sekitar ibukota mendapati ramai pengguna masih memilih untuk menggunakan perkhidmatan tersebut walaupun terpaksa menunggu begitu lama.

Selain tambang perjalanan yang meningkat contohnya pada kebiasaan tambang dari Wisma Bernama ke Suria KLCC adalah dalam lingkungan RM5 ke RM7, namun hari ini meningkat kepada RM9 hingga RM11, dan di waktu puncak boleh mencapai kepada RM17.

Pelajar Universiti Sains Malaysia, Muhammad Amir Aiman, 22, berkata beliau agak terkejut dengan kenaikkan tambang Grab yang mendadak hari ini.

“Harga sangat berbeza, hampir 50 peratus peningkatan, memang mahal. Kebiasaannya dari rumah ke Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan hanya RM11 atau masa ‘peak hour’ (waktu puncak) dalam RM15, tetapi hari ini lebih RM20,” katanya.


Sementara jurujual, Nur Atiqah Romli, 24, berkata gara-gara gagal mendapat perkhidmatan Grab beliau nyaris lambat ke tempat kerjanya.

“Setiap hari saya akan keluar rumah untuk pergi bekerja pada jam 9 pagi dan sampai ke tempat kerja kira-kira jam 9.15 pagi. Tetapi hari ini lewat dari kebiasaannya kerana gagal mendapatkan Grab. Lebih 30 minit baru dapat Grab. Nasiblah sempat,” katanya.

Sementara itu, pemandu Grab yang hanya mahu kenali sebagai Zakir, 40-an berkata pelaksanaan peraturan baharu itu agak menyusahkan mereka.

“Bagi mendapatkan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) kami perlu menjalankan pemeriksaan kesihatan, kursus selama enam jam dan ujian.

“Tidak semua yang membawa Grab ini pandai… Saya pilih bawa Grab kerana gagal mendapatkan kerja yang baik kerana tidak mempunyai kelulusan, bawa Grab tidak perlukan semua itu,” katanya.

Berbeza pula dengan Lai Koh Heng, 40-an, yang menyambut baik pelaksanaan peraturan baharu itu dan menyifatkan ia sebagai sebahagian daripada kewajipan tugasnya sebagai pemandu Grab.

“Ia macam kita buat perniagaan, apa perniagaan yang kita buat kita perlu melabur dari segi kewangan dan masa.

“Ujian itu tidak sepatutnya menjadi masalah jika kita membuat ulang kaji dan memahami peraturan sebaiknya…pemeriksaan kesihatan itu juga tidak menyusahkan hanya pemeriksaan asas sahaja,” katanya.

Kategori