Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suspek Kes Bunuh Kucing...

KUALA LUMPUR - Seorang daripada dua suspek yang berjaya ditahan kerana disyaki membunuh...

Kehidupan Nelayan Kini Jauh...

KEMAMAN - "Dulu kami sangat susah, kadang kala terpaksa meminjam beras daripada jiran setiap...

Kempen Salam Taiwan 2020...

KUALA LUMPUR - Biro Pelancongan Taiwan Pejabat Kuala Lumpur secara rasminya melancarkan slogan...

Komitmen ASEAN-Jepun Berjaya Dizahirkan

KUALA LUMPUR - Komitmen serta perpaduan yang kukuh antara ASEAN dan Jepun dalam...

Perkembangan Pencemaran Positif, Pusat Operasi Ditutup

PASIR GUDANG – Seramai 44 pesakit masih dirawat di hospital susulan pencemaran sisa toksik yang dibuang ke dalam Sungai Sim Sim di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian, Dr. Sahruddin Jamal berkata, jumlah itu merupakan mangsa yang dirujuk sejak 17 Mac lalu sehingga pukul 12 tengah malam tadi.

Menurutnya, daripada jumlah itu lapan pesakit baharu dirujuk manakala dua mangsa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan.

“Secara keseluruhannya, kualiti udara di persekitaran Sungai Kim Kim sudah kembali pulih.

“Dengan perkembangan positif itu, Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana (JPBN) dan Pusat Saringan Awal di Stadium Tertutup Pasir Gudang akan ditutup secara rasmi pada 12 jam tengah hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Dr. Sahruddin berkata, walaubagaimanapun kerja-kerja pemantauan oleh agensi-agensi yang telibat akan diteruskan mengikut keperluan agensi masing-masing.

Beliau menasihatkan orang awam yang merasakan mengalami simptom-simptom seperti pedih mata, loya, muntah, sesak dada, sesak nafas dan pening boleh dapatkan rawatan di hospital atau klinik-klinik kesihatan yang berhampiran. – K! ONLINE

Kategori