Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Meroyan Lepas Cerai, Ibu...

TEMPOH hari kami ada menyiarkan artikel mengenai video kes penderaan bayi yang dipukul...

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir...

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang...

Remaja Berkelah Bersama Rakan...

HULU SELANGOR : Kegembiraan empat lelaki mandi-manda di Air Terjun Lata Medang, Kuala...

Seorang Maut, 3 Cedera...

KULIM - Seorang pekerja kilang terbunuh dan tiga cedera apabila sebuah kereta dan...

Perkataan ‘Salam’, Antara Muka Depan Akhbar NZ

CHRISTCHURCH – Media tempatan di New Zealand (NZ) seolah-olah ‘berkabung’ apabila genap seminggu serangan pengganas di dua masjid di sini yang mengorbankan 50 nyawa.

Laporan geo.tv, muka depan akhbar harian The Press telah mencetakkan perkataan ‘Salam’ dalam bahasa Arab selain senarai 50 nama mangsa tragedi itu, semalam.

Selain The Press, muka depan NZ Herald juga berduka dengan memaparkan sebuah masjid tertera tulisan, “Seruan untuk doa. Dalam perpaduan ada kekuatan.”

Sementara muka depan The Dominion Post, mencetak masa tragedi ‘1.32pm, Today we remember’ dan 50 senarai individu terkorban dalam serangan berdarah itu.

Suasana perkabungan sebegini tidak pernah dilihat di New Zealand malah lebih 5,000 orang berarak secara senyap membanjiri Memorial Park bagi mengikuti pengebumian jenazah.


Azan juga berkumandang di seluruh New Zealand diikuti bertafakur selama dua minit bagi memperingati semua mangsa ketika solat Jumaat. – Agensi

Kategori