Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Tunggal Dijel 2...

KUALA LUMPUR - Seorang ibu tunggal dipenjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di...

ACP Mohd Rozi Dilantik...

ALOR SETAR - Bekas Ketua Polis Daerah Sungai Buloh ACP Mohd Rozi Jidin...

Artis Dirogol 3 Kali,...

SEORANG lelaki di Singapura, didakwa merogol seorang wanita berusia 24 tahun sebanyak tiga...

‘Duri Dalam Daging’ Suka...

HUTAN MELINTANG - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan...

Perkasa Hubungan Agama, Bukan Mahkamah Syariah!

KUALA LUMPUR – DAP mendesak kerajaan mengabaikan rang undang-undang persendirian yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah baru-baru ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, rang undang-undang persendirian oleh Presiden PAS itu harus dibiarkan kekal di atas kertas sahaja di Parlimen supaya ia tidak diteruskan di Malaysia.

“Kerajaan perlu mewujudkan satu jawatankuasa Parlimen untuk memperkasakan hubungan antara agama di negara ini berdasarkan Perlembagaan Negara, Perjanjian Malaysia 1963 dan Rukun Negara.

“Kerajaan Malaysia perlu menilai semua cadangan membabitkan agama di negara ini,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Hadi pada 24 November lalu membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen tetapi penerangan lanjut mengenai usul tersebut ditangguhkan ke sesi akan datang.

Rang undang-undang itu antara lain bertujuan memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini.


Bagaimanapun, usaha PAS itu mendapat bantahan hebat Pakatan Pembangkang yang diketuai DAP dan sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Amanah Negara (PAN).

DAP menyifatkan rang undang-undang itu strategi halus PAS untuk melaksanakan hukum Islam hudud di negara ini yang disifatkan lapuk dan bakal mengundang bias kepada kaum wanita.

PKR dan PAN pula menyelar rang undang-undang itu kerana dianggap sebagai mengelirukan dan menimbulkan kebimbangan bukan Islam di negara ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori