Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

SPRM Nafi Dakwaan Kes...

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan kononnya telah...

Malaysia Akan Terima Kapal...

Kerajaan akan melaporkan jadual dan perkembangan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) secara...

Chickaboo Dapat Perhatian Penyanyi...

SELEPAS popular beraksi di lorong paling kanan jalan raya Khamis lalu, burung unta,...

RUU355: Usul PAS Membimbangkan...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah...

Perintah Berkurung 24 Jam Di Makkah, Madinah

KUALA LUMPUR – Arab Saudi pada Khamis mengenakan perintah berkurung 24 jam di Makkah dan Madinah sehingga diberitahu kelak, sebagai langkah terbaru memerangi penularan wabak COVID-19, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Mengikut sumber rasmi di Kementerian Dalam Negeri, hanya orang dewasa dibenarkan keluar rumah untuk tujuan mendapatkan bekalan makanan dan ubat-ubatan, dari 6 pagi hingga 3 petang.

Maksimum dua orang dibenarkan berada dalam sebuah kereta pada satu-satu masa, termasuk pemandu.

Larangan itu terkecuali kepada mereka yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta yang penting.

Hanya farmasi, kedai bekalan makanan, stesen minyak dan perkhidmatan perbankan dibenarkan beroperasi. 


“Kementerian Dalam Negeri menyeru rakyat dan penduduk menggunakan perkhidmatan penghantaran untuk membeli makanan, ubat-ubatan dan barang keperluan.” 

Selain itu, kementerian memberi jaminan langkah berkenaan diambil dalam usaha untuk memelihara kesihatan masyarakat dan mencegah penularan COVID-19, tertakluk kepada penilaian berterusan pihak berkuasa kesihatan berkaitan.

Kementerian juga menyeru orang ramai memahami tanggungjawab masing-masing, mematuhi arahan serta langkah pengasingan demi kepentingan awam.

Kategori