Himpunan 812: Singapura Nasihat Tangguh Ke KL

SINGAPURA – Singapura hari ini mengeluarkan Nasihat Perjalanan dengan menasihatkan rakyatnya supaya menangguhkan perjalanan yang tidak perlu ke Kuala Lumpur…

SINGAPURA – Singapura hari ini mengeluarkan Nasihat Perjalanan dengan menasihatkan rakyatnya supaya menangguhkan perjalanan yang tidak perlu ke Kuala Lumpur pada masa ini kerana satu “perhimpunan besar-besaran” dijangka diadakan esok.

Kementerian Luar Republiuk itui yang memetik laporan media, berkata himpunan besar-besaran akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia, di Dataran Merdeka pada 8 Dis 2018.”

“Petunjuk semasa ialah jumlah hadirin ke himpunan itu mungkin mencecah puluhan ribu. Terdapat juga laporan media mengenai satu lagi perhimpunan besar akan diadakan di Petaling Jaya iaitu di Padang Timur pada hari yang sama.

“Memandangkan himpunan besar atau demonstrasi itu, ada kemungkinan insiden terpencil dan pergaduhan kecil berlaku. Gangguan lalu lintas dan gangguan lain mungkin juga berlaku yang akan memberi impak kepada pelancong,” kata kementerian.

Kementerian menasihatkan warga Singapura yang kini berada di Kuala Lumpur supaya berwaspada dan mengelak daripada berada dalam perhimpunan besar, memantau media tempatan untuk mengetahui perkembangan dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Perhimpunan “kesyukuran” meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dijangka bermula 6 pagi Sabtu ini. – BERNAMA

Loading...