Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anak VIP Dikompaun Langgar...

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan seorang anak kenamaan (VIP) antara 29 pengunjung yang...

Tolak Calon Lompat Parti...

JOHOR BAHRU - Pengundi perlu menolak calon lompat parti yang akan bertanding pada...

“Syukur Kali Ini Ada...

PASTI semua sudah tahu mengenai berita kehamilan pelakon kecil molek, Nora Danish. Sebelum ini,...

Tumpu Usaha Pulih Keyakinan...

MUAR - Seluruh anggota UMNO perlu menumpukan usaha memulihkan kembali keyakinan terhadap parti...

Perhimpunan ICERD: Jangan Tanam Kebencian, Ketakutan

KUALA LUMPUR – Peserta perhimpunan kesyukuran Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu kota Sabtu ini, diminta tidak menimbulkan masalah dan menghasut sehingga boleh menyebabkan ketegangan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad turut menasihatkan mereka supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak bertindak menanam ketakutan serta kebencian di kalangan rakyat.

Beliau turut mempersoalkan tindakan penganjur perhimpunan itu meneruskan penganjuran, walaupun kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak meratifikasi ICERD.

“Tapi oleh kerana mereka ingin nak berhimpun juga, mungkin kerana t-shirt dah cetak, hotel dah tempah, duit dah keluar dan sebagainya…Kalau mereka nak juga berhimpun, lalu kita akui lah hak mereka.

“Yang nak datang, dipersilakan…belanja di Kuala Lumpur (KL), beli-belah dan sebagainya. Sumbang untuk ekonomi warga KL, amat dialu-alukan, tetapi janganlah timbulkan masalah. Kita harus menyeru ke arah perpaduan dan kesatuan rakyat, bukannya melaga-laga antara satu sama lain,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran logo dan imej ‘Kuala Lumpur Criterium – Night Challenge’ di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, hari ini.

Pada 23 Nov lepas, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menyatakan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua kaum semasa pembentukan negara ini. – BERNAMA

Kategori