Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Air Mata Biru Pantai...

MIRI - Pantai Tusan di Bekenu, kira-kira 40 kilometer dari bandar raya ini,...

2 Premis Jual Makanan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menerima dua aduan penyalahgunaan nombor...

Pemilik Kelab Komedi Cabar...

Kuala Lumpur : Pemilik kelab komedi Crackhouse, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel dan...

‘Gadis Kerbau Pink’ Tak...

KUALA NERUS - Bagi Nadia berada di samping Awang memberikannya satu ketenangan dan...

Perhilitan Perlis Tangkap Buaya Seberat 10 Kg

PADANG BESAR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perlis hari ini menangkap seekor buaya berukuran 1.35 meter panjang berhampiran Pusat Rekreasi Tasik Melati, Beseri, di sini.

Pengarah jabatan itu, Saat Yaakob berkata kehadiran buaya seberat 10 kilogram di kawasan tersebut diketahui pihaknya melalui video berdurasi lebih 30 saat yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Perhilitan memasang perangkap sejak 9 Dis lepas dan pagi ini buaya yang dianggarkan berusia lima hingga 10 tahun memasuki perangkap,” katanya semasa dihubungi.

Menurut Saat, Perhilitan masih menyiasat kemungkinan reptilia tersebut dilepaskan pihak tertentu atau mungkin tersesat.

Beliau menasihatkan rang ramai yang memelihara hidupan liar yang dilindungi supaya memohon lesen atau permit khas.

Mereka yang melanggar peraturan itu boleh didakwa mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), katanya sambil mengharapkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai hidupan liar yang terbiar supaya menghubungi Perhilitan Perlis di talian 04-9761813. – BERNAMA

Kategori