Pergi Kelab Malam Bersuka Ria Kantoi Jumpa Isteri

ANTARA banyak cara lelaki mencari hiburan ialah dengan mengunjungi kelab malam. Namun apa yang terjadi apabila seorang lelaki yang telah berkahwin jika bertemu dengan pasangannya sendiri?

Sebuah video yang tersebar luas menerusi Facebook berjaya merakamkan insiden memalukan itu. Ia dikatakan dirakam di Filipina, dan dalam video tersebut seorang lelaki dipanggil untuk naik ke atas pentas oleh penari.

Sebelum penari itu menyuruh lelaki itu duduk di kerusi, si wanita penari muncul menggodanya dengan aksi manja melenggok-lenggok badannya di hadapan lelaki tersebut.

Namun, pada saat penari sedang mengangkat bajunya, tiba-tiba datang pula seorang perempuan lain naik ke atas pentas dan menolak penari bogel tadi hingga penari itu terjatuh.

Wanita yang bergaun itu didakwa sebagai isteri si lelaki tersebut. Bukan setakat itu, selepas menolak jatuh penari bogel, dia juga bertindak menarik suaminya dari atas pentas.

Video tersebut berakhir dengan sorakan daripada orang sekeliling yang berada di situ. Rakaman video tersebut telah ditonton lebih daripada dua juta kali. – MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply

Your email address will not be published.