Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sokongan Kaum Cina Kepada...

SEREMBAN – Sokongan kaum Cina kepada Barisan Nasional (BN) semakin bertambah sejak kebelakangan...

Mufti Perlu Bersatu, Tingkat...

KUALA LUMPUR - Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud hari...

Ka Siong Bawa Telur...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mencuri...

Pensyarah Rugi RM260,000 Ditipu...

KOTA KINABALU - Seorang pensyarah wanita sebuah universiti awam di sini mengalami kerugian...

Pergaduhan Di R&R Gambang: Tujuh Lelaki Didakwa

KUANTAN – Tujuh lelaki termasuk seorang pemandu bas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, berhubung insiden pergaduhan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang yang tular menerusi media sosial, pada 24 Dis lalu.

Enam daripada mereka yang turut melibatkan adik-beradik daripada dua keluarga berbeza, mengaku bersalah atas pertuduhan merusuh sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah manakala pemandu bas itu pula yang dituduh mencederakan dua remaja meminta dibicarakan dalam satu prosiding berasingan.

Yang mengaku bersalah ialah Ahmad Mohamad Noor, 44 dan adiknya Ahmad Kamaruddin, 41 serta Muhammad Isamrudin Dollah, 34 dan dua abangnya Hairie, 40, serta Mohd Hapis Sukri, 36, serta rakan mereka Shahrizan Mohd Sham, 36.

Kesemua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan terlibat dalam kumpulan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan mahu mendatangkan kecederaan kepada pemandu bas Mohd Saifullakmal Abdul Rasid, 32, antara 1.30 hingga 2 pagi, 24 Dis lalu di kawasan tempat letak kenderaan R&R Gambang arah Barat di sini.

Bagi kesalahan itu, mereka yang ditangkap sehari selepas kejadian, didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa disoal Nurunaim, Ahmad mewakili semua tertuduh berkata kesalahan itu berlaku tanpa sengaja selepas dimaklumkan terdapat perselisihan faham di antara pemandu bas yang sering makan di kedai yang diusahakan adiknya.

“Benda ini tak sengaja berlaku… sebab ini melibatkan keluarga dan adik saya. Bila dengar pekerja adik saya diperlakukan begitu, saya marah dan pergi (ke kedai). Tak sengaja kejadian ini berlaku,” katanya.

Nurunaim memerintahkan semua tertuduh menjelaskan denda berjumlah RM2,000 setiap seorang atau berdepan hukuman penjara selama dua bulan, jika gagal berbuat demikian.

Pada prosiding berasingan, Mohd Saifullakmal mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mencederakan Shahril Helmi Mohd Radzuan dan Mohamad Irwan Shah Azman, kedua-duanya berusia 17 tahun, yang bekerja di kedai makan di R&R tersebut.


Mohd Saifullakmal yang berasal dari Marang, Terengganu didakwa mencederakan mangsa dengan cara memukul belakang leher dan mencekik mereka di gerai nombor 6, R&R Gambang arah Timur pada 1.30 pagi, 24 Dis lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia yang tidak diwakili peguam merayu supaya jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan yang ditawarkan pihak pendakwaan dikurangkan atas alasan dia merupakan penanggung tunggal keluarga.

“Saya menyara keluarga dengan pendapatan sekitar RM1,000 ke RM2,000 sebulan. Saya ada tiga orang anak manakala isteri tidak bekerja,” katanya.

Nurunaim membenarkan jaminan pada jumlah RM6,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan sebutan semula pada 14 Jan depan untuk lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp P. Prabu. – BERNAMA

Kategori