Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Berita Kenaikan Gaji Kakitangan...

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan penyebaran berita mengenai kenaikan...

Dadah Sintetik Tinggalkan Kerosakan...

PUTRAJAYA - Anggapan dadah sintetik sebagai ‘party drug’ yang tidak mempunyai kesan serius...

Xiaomi Menawarkan Mi In-Ear...

Xiaomi sedia menawarkan menawarkan Mi3, Redmi 1S, Redmi Note, Mi In-Ear Headphone, dan...

Polis Tahan 3 Pengedar...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan tiga lelaki dipercayai pengedar dadah dalam serbuan di...

Perdana Menteri Terima Darjah Kebesaran Tertinggi Jepun Selasa

TOKYO – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menerima darjah kebesaran ”The Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers” daripada Maharaja Jepun sewaktu lawatan kerja beliau selama tiga hari bermula Isnin (5 Nov).

Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Ahmad Izlan Idris berkata pengurniaan darjah kebesaran tertinggi negara Jepun oleh Maharaja Akihito yang akan berlangsung di Istana Maharaja di sini pada Selasa adalah berikutan sumbangan besar Perdana Menteri atas pengukuhan hubungan baik antara kedua-dua negara.

“ Secara tradisi darjah kebesaran itu diberikan kepada penerima di kalangan pemimpin luar seperti Perdana Menteri dan negawaran terbilang dalam dan luar Jepun,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini Ahad.

Perdana Menteri akan menjadi pemimpin ketiga dari Asia yang menerima darjah kebesaran itu selepas bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dan bekas Perdana Menteri India Manmohan Singh.

“Perdana Menteri dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali juga akan menghadiri santapan tengah hari bersama Maharaja dan Maharani Jepun pada Rabu di Istana Maharaja,” katanya.

Lawatan kerja kali ini merupakan yang ketiga buat Dr Mahathir sejak beliau kembali memegang jawatan Perdana Menteri pada Mei dengan lawatan pertama pada Jun dan yang kedua pada Ogos.

Ahmad Izlan berkata selepas menerima darjah kebesaran itu pada hari kedua lawatan, Perdana Menteri dan delegasi Malaysia juga akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe di pejabat rakan sejawatannya itu.

“ Kedua-dua perdana menteri akan membincangkan berkenaan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun serta isu serantau dan antarabangsa yang membabitkan berkepentingan bersama,” katanya.

Beliau berkata pada hari kedua, Dr Mahathir juga akan menghadiri persidangan Japan-Malaysia Economic Association (Jameca)-Malaysia-Japan Economic Association (Majeca) kali ke-36 dan Forum Perniagaan Malaysia di sini.

Sebelum itu, pada hari pertama lawatan, Perdana Menteri Menteri akan menerima ijazah kehormat doktor falsasafah dari Tsukuba Universiti of Tokyo yang merupakan pengiktirafan institusi pengajian tinggi tersebut atas sumbangan beliau memajukan pertukaran antarabangsa dalam bidang penyelidikan dan pendidikan.


Pada hari ketiga pula, Dr Mahathir akan menyampaikan ucaptama di Toyo University di sini dan berinteraksi bersama generasi muda Jepun khusus siswa dan siswi universiti tersebut.

“ Perdana Menteri merupakan penasihat kehormat Asia Public-Private Partnership universiti tersebut,” katanya.

Sewaktu lawatan kerja tiga hari itu, Perdana Menteri juga diiringi oleh Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ignatius Darell Leiking.

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata Jepun adalah rakan perdagangan utama bagi Malaysia dan ia adalah rakan dagang keempat terbesar Malaysia.

“Bagi Jepun, Malaysia adalah rakan dagang kesebelas terbesar di dunia, dan keempat di kalangan negara ASEAN selepas Thailand, Vietnam dan Indonesia,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu juga berkata lawatan Perdana Menteri di kedua-dua universiti itu adalah sebahagian daripada usaha Malaysia untuk menarik universiti Jepun menubuhkan cawangan luar negara mereka di Malaysia.

“Penubuhan kampus cawangan universiti Jepun di Malaysia akan membolehkan pelajar Malaysia mendapat akses kepada sistem pendidikan Jepun pada kos yang lebih rendah. Pada masa yang sama, pelajar juga boleh belajar bahasa Jepun, nilai dan budaya. Ini juga boleh memberi manfaat kepada pelajar dari rantau ini, “katanya. – BERNAMA

Kategori