Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

“Nak Pecat, Saya Tunggu...

"SAYA sekarang di Ibu Pejabat Bersatu, kata nak pecat, saya tunggu di pejabat."Itu...

Perintah Berkurung Esszone Dilanjut...

KOTA KINABALU - Fasa Kesebelas perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur...

Salur Semula Subsidi Pukal...

PUTRAJAYA - Malaysia dilihat perlu menyalurkan semula subsidi pukal yang turut memanfaatkan golongan...

Mana Janji Jawatan TPM...

KUALA LUMPUR - Rakyat Sabah dan Sarawak tertipu dengan janji Pakatan Harapan untuk...

Percaya Hidup Semula, 3 Tahun Teman Mayat Ibu

SEORANG lelaki di Kolkata, India mempercayai ibunya yang telah meninggal akan hidup semula dan menyimpan mayat tersebut yang dikerat-kerat dalam peti sejuk besar selama hampir tiga tahun.

Lapor Harian Metro, Subhabrata Majumdar, 46, mendakwa berbuat demikian selepas terpengaruh dengan dokumentari yang pernah ditonton di stesen Discovery mengenai mayat dapat hidup semula sebelum ibunya mati.

Dia yang tinggal bersama bapanya yang sedang uzur telah ditahan oleh pihak polis selepas mendapat tahu hal tersebut daripada jiran dan liputan oleh rangkaian berita tempatan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Behala, Nilanjan Biswas berkata, terdapat dua penghawa dingin yang menyejukkan mayat yang telah dikerat dalam sebuah peti sejuk di sebuah bilik yang bertutup.

Jiran Subhabrata Majumdar memberitahu pihaknya berasa pelik kerana tidak dijemput dalam acara pengebumian mahupun pembakaran mayat yang biasanya dijalankan oleh masyarakat berkenaan.


Bagaimanapun demi untuk tidak mahu menimbulkan sebarang masalah, pihaknya mengambil keputusan untuk tidak mencampuri urusan peribadi keluarga tersebut.

Polis turut menemui peti sejuk kedua dipercayai untuk menyimpan mayat bapanya apabila mati kelak. Subhabrata Majumdar telah ditahan pihak polis semalam bagi disoal siasat lebih lanjut. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori