Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sesat Di Hutan, Wanita...

AUCKLAND — Susan O'Brien, 29 tahun; seorang ibu kepada dua anak di New Zealand...

Terengganu Cuti Peristiwa Pada...

Kuala Terengganu : Khabar gembira buat rakyat Terengganu apabila kerajaan negeri mengumumkan 5...

‘Tidak Perlu Terburu-buru Bentuk...

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak...

Wanita Mengandung Maut Leher...

Xi’an (CHINA) - Seorang wanita yang mengandung anak kembar maut dalam keadaan menyedihkan...

Perbuatan Tidak Senonoh Berulang Di Bukit Tinggi

BENTONG – Perbuatan tidak senonoh di sebuah pusat peranginan di Bukit Tinggi di sini berulang apabila sekumpulan wanita didapati hanya memakai seluar dan baju dalam ketika menyertai aktiviti di situ semalam.

Difahamkan, kejadian yang berlaku petang semalam itu melibatkan sebahagian daripada 80 wanita berusia dalam lingkungan 20-an yang menyertai program motivasi anjuran sebuah syarikat kecantikan daripada Johor dan Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mohd. Shahril Abd. Rahman berkata, polis yang menerima laporan mengenai kejadian daripada penduduk setempat telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan.

“Pada masa ini kita sedang mengambil keterangan daripada 30 wanita dan empat lelaki yang terlibat dalam aktiviti berkenaan untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Pada 22 Januari tahun lalu, seramai 39 peserta satu program motivasi dipercayai melakukan tindakan melampau dengan berbogel dalam satu aktiviti sukan di kawasan padang pusat peranginan itu.


Susulan itu, polis telah menahan seramai 48 orang termasuk sembilan fasilitator program motivasi berkenaan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kategori