Saturday, March 30, 2024

Creating liberating content

TMJ Titah MB, Pengarah...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim menitahkan Menteri Besar, Datuk...

Netizen Tak Sangka Gadis...

AKIBAT terlalu malas mengemas bilik sendiri, seorang gadis dari Nebraska, Amerika Syarikat menerima...

Kelonggaran SOP: Sidang Akhbar...

PUTRAJAYA - Di saat bahang kemeriahan sambutan Aidilfitri yang kian terasa, tumpuan rakyat...

Bubar Parlimen Isyarat Jelas...

KUALA LUMPUR – Pembubaran Parlimen ke-13 akhirnya diumumkan hari ini dengan kerajaan Barisan...

Perbincangan Jualan Saham MSM Masih Peringkat Awal – FGV

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengarah FGV Holdings Bhd. (FGV) menjelaskan bahawa perbincangan mengenai penjualan saham miliknya dalam MSM Holdings Bhd. (MSM) masih di peringkat awal.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, FGV berkata, kumpulan sedang meneroka kerjasama yang berpotensi dalam industri sawit dan gula, baik dalam sektor huluan dan hiliran.

Katanya kerjasama berpotensi tersebut termasuklah pakatan strategik.

“FGV telah menyatakan dalam komunikasi terdahulu bahawa kumpulan sedang menjalankan pelan transformasinya yang meliputi mengkaji semula semua perniagaan yang kurang baik dan tidak berbayar, terutama pelaburan warisan kumpulan. Terdapat beberapa inisiatif yang berterusan dan berada di pelbagai peringkat kajian dan pelaksanaan.

“Sejak kilang gula bertapis MSM di Johor mula beroperasi pada 2019, kapasiti penapisannya meningkat kepada 2.2 juta tan, membolehkan syarikat untuk memenuhi keperluan domestiknya dan mencari peluang baharu dalam pasaran eksport.

“Oleh itu, FGV dan MSM sedang meneroka semua jalan untuk berjaya memasuki pasaran serantau dan antarabangsa, kami akan membuat pengumuman yang berkaitan pada masa yang sesuai sekiranya berlaku perkembangan material mengenai perkara ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori