Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Eksport Negara Cecah Hampir...

KUALA LUMPUR - Nilai eksport Malaysia berkembang kukuh tahun lalu apabila mencatatkan pertumbuhan...

“Saya Sedia Jumpa PPIM”...

PEMILIK Rayani Air, Ravi Alagenddran sedia mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia...

Proton Bakal Dapat Sentuhan...

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd. (Proton), yang kini diperkasa oleh Zhejiang Geely...

Ketua Hakim Negara Cuba...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara cuba memadamkan sebahagian kandungan dalam afidavit seorang...

Perbicaraan Tuduhan Tambahan Najib 2 Jun 2020

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan perbicaraan selama 16 hari bermula 2 Jun 2020 untuk kes pengubahan wang haram membabitkan dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM27 juta membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh terbabit pada sebutan kes itu hari ini.

Sementara itu, peguam bela, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah turut memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan tambahan yang dihadapi oleh Ahli Parlimen Pekan itu.

Pada 8 Februari lalu, Najib didakwa atas tiga tuduhan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram dengan menerima wang keseluruhannya RM27 juta, iaitu hasil daripada aktiviti haram dalam tiga akaun AmPrivate Banking miliknya di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan di sini pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Najib kini sedang dibicarakan atas tujuh pertuduhan membabitkan tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali.

Kategori